Layan tag bersama Tim Tam

Menjawab tag yang dikirim oleh Cik Zati Teman Sekelas 5 Al-Farabi. Antara teman yang paling baik pernah kukenal. Moga kegembiraan menjadi milikmu kelak wahai teman. Moga-moga senyuman sentiasa menjadi peneman setiamu walau di mana jua kamu berada. Ameen:)

TANDA

1. Tanda kamu badmood?
Oh saya tidak suka melayan “mood” yang tidak baik. Saya lebih suka positifkan diri. Go Diana!

2. Tanda kamu marah?
Haish, marah tak bagus untuk kesihatan.

3. Tanda kamu merasa pelik?
Pelik yang macammana?

4. Tanda-tanda kamu malu?
Owh tersenyum aja kot😀

5. Tanda-tanda kamu sedang cemburu?
Takde cemburu dengan sapa-sapa. Ececeh.

6. Tanda-tanda kamu sedang sedih?
Owh boleh tanya Cik Zati di sana.

7. Tanda-tanda kamu gembira?
Kadang boleh mengalir air mata ni bila rasa gembira. Mungkin pelik tapi takpelah. Memang pelik itu saya.:)

APA

1. Apa warna baju kamu pakai sekarang?
Ungu.

2. Apakah kamu termasuk dalam orang yang suka shopping?
Fikir dulu sebelum membeli. Takut membazir pula.

3. Apa ingin kamu lakukan sekarang?
Ya ampun! Banyak sangat! Tapi sabar Diana. Jangan tamak.

4. Apa rase di hati kamu sekarang?
Nanti kita bincang ya*wink*

BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
Alamak, surat beranak tertinggal kat Malaysia!

2. Bila saat terindah dalam hidup kamu?
Merci beaucoup Ya Allah parce que j’ai la belle vie. Merci!

3. Bila kali terakhir kamu dimarahi ibubapa?
Maafkanlah kesalahan kami adik-beradik wahai bondaku wahai ayahandaku. Kami amat sayang akan kalian berdua! Sayang sangat-sangat!

4. Bila kamu akan berkahwin?
Rasanya Cik Zati yang naik pelamin dulu. Ameen.^-^

BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit hati?
Ada sapa-sapa yang berani? Haha.

2. Bagaimana jika ada orang cakap kamu lawa/hensem?
Tidak pernah pula terjadi.

3. Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
Di mana-mana sahaja perpisahan itu pasti. Moga Allah SWT menjaga dirimu bagi pihakku. Ameen Ya Robbal Alameen.🙂

4. Bagaimana jika ada orang tidak sukakan kamu?
Saya tak pernah lepas daripada membuat kesilapan. Saya mohon maaf sekiranya pernah mengguriskan hati mana-mana pihak. Mohon maaf sangat-sangat.

5.Bagaimana jika kamu bangun tidur, kamu di kelilingi api?
Ya Allah lindungilah mereka-mereka yang kusayang…

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
Kita tak pernah keseorangan kan? Allah SWT itukan ada.^-^

SIAPA

Saya jarang tag orang tapi kali ni, beliau di sana meminta saya untuk mentag dirinya. Laa, apa toleh lain pulaknye? Kamulah. Sudah gaharu cendana pula. Ehehe. Nanti cikgu datang “check” ya. *wink*

Sekian Cik Zatiku.:)

*Mahu bicara dengan ramai orang tapi nanti ya. Akanku cuba untuk menjadi pencuri waktu.

4 thoughts on “Layan tag bersama Tim Tam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s