Sudah pastikah ia itu milikmu?

Bismillahirrohmanirroheem.

Salam buat semua. Moga kebaikan dan barokah itu sentiasa mengiringi kalian walau di mana jua kalian berada.:)

Dah lama sebenarnya saya ingin berbicara tentang hal ini. Dan alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat saya. Mungkin dah ramai yang di luar sana yang tahu pasal benda ini. Tetapi benda ini sebenarnya agak baru juga bagi saya. Baru sahaja tahu beberapa bulan yang lepas. Pernah juga tanya diri sendiri, ‘Oh Diana, kenapa asyik ketinggalan saja ni?’. Tapi tak mengapa. Saya rasa bersyukur sangat sebab masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk tahu pasal perkara ini. Better late than never ikut kata orang. Haha. Jadinya, entri ini ditulis supaya saya tidak lupa dan juga supaya saya boleh rujuk balik di sini lain kali. Dengan izin Allah SWT, harapnya entri ni bermanfaat untuk semua. Oh iya, kalian semua juga amat dialu-alukan sekali untuk membetulkan sebarang ‘dakwaan’ atau deduksi salah saya. Memandangkan pengetahuan saya tentang hal ini sangat sedikit sekali.

Entri ini berkisarkan satu bahagian yang ingin saya petik daripada buku Dajjal the Antichrist oleh Ahmad Thomson. Ada satu bahagian dalam buku ini yang membincangkan sistem kewangan Dajjal. Iaitu sistem kewangan yang dilaksanakan dalam dunia moden sekarang. Ingin rasanya untuk “quote” seluruh bahagian itu di sini tapi saya mohon maaf sebab saya perlu lebih “selective” di sini. Secara amnya, ia menyentuh tentang perubahan sistem kewangan. Bermula daripada penggunaan emas dan perak,

“Money used to be made principally of gold or silver. Since it was made from these precious metals it had inherent value. Even if it was melted down, its value did not change- unlike paper money which at Fahrenheit 451 ignites and turns to ashes.”

Berubah kepada penggunaan wang kertas,

“Since gold and silver are relatively heavy, and since paper is relatively light, the bankers then hit upon the idea of printing paper money. Anyone who deposited gold and silver (in the bank) with them was given this paper money.”

Bahayanya sistem ini, ia membuatkan orang ramai mula terima bahawa nilai wang kertas itu boleh menyamai nilai emas dan perak tersebut.

Kemudian helah berterusan lagi dengan yang ini,

“…to fool everyone into thinking that all the money, which existed according to the computer and ledger records, actually existed in the form of paper notes.”


Dan ini yang lazimnya diamalkan sekarang,

“Today there has been a further development in the international banking system’s strategy to ensure that not too many people ask for money which does not exist in paper form, but only in computer memory, at the same time. Basically they are attempting to make it unnecessary to have money at all. This has been done by encouraging not only cheque transactions, but also the increasing use of plastic card transactions.”


Inilah yang dipanggil sebagai “Intangible money” oleh Maulana Imran Hosein. “The money you can’t see it, the money you can’t touch it” iaitu “Electronic money”. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut. Transaksi melalui kad memudahkan kita berurusan tanpa menggunakan wang kertas. Dan nilainya tercatat seperti yang ada dalam memori komputer. Dan yang paling menakutkan tentang hal ini, nilainya hanya “cantik” dipandang tapi tidak “selamat” sepenuhnya. Bila-bila masa sahaja “duit” itu boleh hilang jika keseluruhan sistem ini “jatuh” (kegagalan fungsi teknologi sebagai contoh). Dengan kata lain, duit itu bukannya milik kita secara zahirnya. Persoalannya lagi, benarkah ia ada di situ? Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi sekarang, tidak mustahil untuk kita kehilangan nilai yang kononnya “kepunyaan” kita itu apabila “perompak senyap” dapat mencuri identiti kad kita melalui pencerobohan ke dalam sistem komputer bank. Hanya semudah di hujung jari sahaja. Oh, mungkin dunia sekarang sudah boleh mengucapkan selamat tinggal pada cara rompak duit ala koboi yang berteraskan pistol dan juga kekerasan.

Apabila berada dalam situasi ini, kita seolah terperangkap. Seperti tak banyak yang boleh dilakukan. Apatah lagi kebanyakkan daripada kita membesar dengan sistem sebegini. Setakat cuba yang termampu sahajalah jawabnya. Teringat pula saya akan perbualan dengan mak saya dua bulan lepas. “Mi, kalau ada duit lebih beli emas ek”. Permintaan ini pastinya agak mengejutkan apabila ia diajukan oleh saya. Ya saya yang hanya pakai barang kemas setahun sekali. Itupun masa hari Raya (tak tahu apa kaitannya Raya dengan pakai barang kemas. haha). Oh terfikir juga ya! Senang sekali membuat permintaan sebegitu. Seperti ibuku itu hartawan. Bapaku itu pula jutawan. Sedangkan kami orang kampung sahaja. Kampung Durian Tinggi pulak tu. Hoho. Di akhir perbualan kami, sempat juga saya menyuarakan “permintaan terakhir”, “Kalau nak beli tanah pun bagus jugak Mi”. Haha. Tetapi saya sedar banyak benda lain lagi yang perlu dijaga. Pemilikan sesuatu harta bukannya semudah itu. Banyak benda yang perlu diambil kira.

Saya juga bukannya seorang pakar yang bisa menghidangkan solusi terbaik untuk perkara ini. Oh ilmuku amat cetek sekali! Tapi mungkin juga usaha kita seperti mengawal cara kita berbelanja dan tidak terlalu bergantung kepada sistem kewangan “freemason” ini boleh sedikit sebanyak menyelamatkan kita daripada terus terperangkap dalam sistem ini. Dan yang agak menyedihkan tentang dunia sekarang, kita seperti digalakkan untuk berbelanja lebih daripada yang kita mampu yang mana akhirnya membuatkan kita terus terperangkap dengan hutang (ditambah lagi dengan faedah yang perlu dibayar). Tidak salah sekiranya ingin membeli sesuatu barang jika mempunyai duit lebih. Tetapi yang paling merisaukan ialah apabila keinginan melebihi keperluan sebenar. Tapi itu pilihan masing-masing. Tiada siapa yang mampu menyekat cara seseorang berbelanja. Itu semua adalah pilihan. Samada mahu “bebas secara bermaruah” daripada keinginan yang menggila itu atau terus kekal terperangkap selamanya dalam sistem yang penuh dengan penipuan ini. Semuanya adalah pilihan individu itu sendiri. Ya. Pilihan berada di tangan masing-masing. Dengan itu, mudah-mudahan sekali Allah SWT merahmati kita semua. Moga juga tidak tersungkur dalam mengatur langkah kelak. Ameen Ya Robbal Alameen.

Oh Ya Allah! Ajarkan kami untuk melihat sesuatu perkara seperti ia yang sebenarnya.


Kisah di sini.

Bumi Wellington disirami hujan rahmat. Oh, betapa nyaman sekali “bau” air hujan itu! Apakah sukar untuk kalian percaya? Cubalah. “Hirup”lah bau segar itu dengan hati wahai kalian. Siapa tahu ia bisa merawat hati yang gundah gulana. Ini bukan omongan kosong. Ini adalah kisah benar saya. Hati ini bagaikan tersenyum. Girang sekali. Meskipun gred ALIN 301 saya semalam sangat “menakjubkan” sekali. Tolong titipkan doa buat saya ya. Moga mudah untuk saya kelak menampung “kelopongan” yang telah terukir itu. Gaya orang hilang fokus pula saya ini. Apapun, tolong doakan saya ya. Terima kaseh ya kalian! Terima kaseh yang tak terhingga. Moga rahmat Allah SWT senantiasa bersama kalian. Ameen.^-^

4 thoughts on “Sudah pastikah ia itu milikmu?

  1. Assalammualaikum wbt

    Jazakillah ya Ukhti for this enlightening post.

    Masha Allah sangat licik musuh Allah berkerja untuk menghancurkan ummah yang masih tidur. ‘ala kulli hal, insya Allah kita yang sedar mestilah sentiasa berjaga-jaga dan senantiasa meminta pada Allah supaya menuntun hati kita ke arah yang haq. Kita perlu bersatu dan beringat-ingat. Seperti kata Saidina Ali (r.a.) al-Haq (kebenaran) yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh bathil (kemungkaran) yang tersusun.

    Allahumma arinal haqqa haqqa warzuqnt-tiba’ah, wa arinal bathila bathilaw-warzuqnaj-tinabah
    Wahai Tuhan kami, Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan bimbinglah kami ke arahnya, dan tunjukkanlah kepada kami kebathilan sebagai kebathilan dan jauhkanlah kami darinya.

    Ihfazillah yahfazka (Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu)
    All the best dalam segala urusan dunia dan akhirat [Muhammad:7].

    wallahua’lam
    Kita sama-sama doakan each other sygku
    *hugs & kisses*

    Salam sayang dari Plymouth

  2. Waalaikumussalam Nabilahku sayang…

    Ya ampun. Usaha saya ini sangat kecil sekali Nabilah. Huhu. tapi jauh di sudut di hati mohon terdapat barokah di dalamnya. moga-moga begitu.:)

    Itulah Nabilah. Banyak betul anasir yang macamni. Saya pun kadang terpedaya juga. Haish. Kadang rasa geram juga dengan sikap diri sendiri yang tidak ambil peduli ini. Saya kadang-kadang takut juga Nabilah. Entah apa sebenarnya yang saya takutkan. Banyak benda kadang bermain di fikiran. Sampai mak saya cakap, tak perlu fikir lebih-lebih. Owh mungkin saya kot yang risau lebih-lebih. huhu.Banyak benda sebenarnya nak bicara dengan Nabilah. Mungkin bila dah lapang sket esok-esok, boleh kite bicara sama kan Nabilah?;). Sekarang ni, susah nak online YM. Banyak benda nak kene kejar. Tapi kadang tak siap juga kerja. Haha. Semangat pun naik turun je ni. Aigo! Tolong doakan saya di sini ya Nabilah.

    Terima kaseh juga Nabilah atas perkongsian. Doa-doa itu. Dan terima kaseh juga untuk hadiah baru-baru ni.
    Moga Allah SWT merahmati Nabilah. Kalau ada hadiah lagi lain kali, boleh kirim lagi kan Nabilah? Huhu.Sayang Nabilah! Owh iye!Semalam fathen ade masak pengat labu. Terasa rindu pula pada pengat labu Nabilah.Entah bila lagi boleh merasa.Nanti balik Malaysia, buat masak-masak lagi ek.Rindu pula rasanya dekat 304A.

    *Hugs and kisses juga dari saya untuk Nabilah*

    Sayang sangat tau kat Nabilah! Moga Allah SWT merahmati ukhuwah kita. Doakan saya dan kawan-kawan lain kat sini ya Nabilah. Sama-sama kita doakan satu sama lain. Saya selalu yakin yang doa saudara yang jauh itu mustajab. Keyakinan saya berasas kan? *wink*

    Salam sayang juga dari Bumi Wellington.^-^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s