~Voila pourquoi

Salam buat semua.
berk psychology

Di atas merupakan sebuah buku psikologi yang bertajuk “Child Development” dari Laura E. Berk. Pernah suatu ketika dahulu, buku ini menjadi rebutan dan dambaan para-para TESLian Cohort 4 di IPBA terutamanya bila ada “assignment” kena buat. Memandangkan bilangan buku ini di perpustakaan sangatlah terhad, sesetengah daripada kami akan berusaha keras untuk menjejak buku ini. Biasanya dengan bertanyakan rakan-rakan seperjuangan di asrama, “Ada sesiapa pinjam buku Berk dari library? Tak pun buku Pak Cik Santrock. Korang ada nampak?”. Agak menyedihkan jugakla kadang-kadang.

Pernah juga terlintas di fikiran dulu. Dah tak perlu risau dah bila sampai Wellington. Mesti senang nak dapat buku-buku psikologi memandangkan “kehebatan” perpustakaan Victoria University yang bertingkat-tingkat ini selalu diuar-uarkan oleh salah seorang pensyarah kami di IPBA(IPBA pun tak kurang juga hebatnya..huhu). Tapi bila sampai sini,kelebihan ini tidak dimanfaatkan sangat. Haish. Dah nak balik Malaysia baru nak sedar. Owh iye, sebelum terlupa, saya beli buku ini (seperti dalam gambar) dengan harga $NZ30. Wow! Agak terkejutla sebenarnya sebab murah. Edisi ketujuh. Kira okla ni. Hoho. Buku ini sedikit sebanyak berguna untuk subjek yang saya ambil sekarang. Mungkin juga berguna untuk “Final Year” nanti (ye dok?)

Dan juga kepada mereka yang ambil EDUC 229, jangan segan silu bagitahu saya kalau korang nak pinjam buku ini untuk buat “assignment” (korang belajar apa ya untuk EDUC 229?) Owh iye, terlintas nak tulis pasal ini semua sebab ada seorang kawan di Malaysia yang tanya apa yang saya belajar dekat sini. Dan berikut merupakan apa yang saya belajar kat sini. Lingustik, Education (Psychology and Sociology), Teaching Methodology, Foreign Language. InshaAllah trimester depan lain sikit sebab saya ambil “Political Islam”. Sebenarnya, takdela belajar “Grammar” semata-mata sepertimana yang orang ramai ingat (serius tak larat kalau asyik duk mengadap “grammar” je)..Ada jugak kawan-kawan saya di sini yang ambil Religion dan Maths. Yang ambil NZ Sign Language pun ada. Memang mantap ah!

Sebelum mengundur diri,saya berminat untuk berkongsi sesuatu di sini. Yang ni saya dapat daripada seorang teman. Terima kaseh sangat-sangat ya kamu! Moga Allah SWT merahmati kamu. Moga diperkenankan jua doa dan hasrat murnimu itu. Sememangnya Allah SWT itu Maha Mendengar serta senang sekali untuk memperkenankan doa hamba-hambaNya. InshaAllah.:)

*Cuti dah habis. Tetapi tidak terasa “kecutian”nya disebabkan oleh “kerja sekolah” yang banyak. Walaupun tahu banyak, tidak siap juga deh. Ok perlu tidur sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: