sturm und drang…

Salam kebaikan. Moga terbuka segala pintu-pintu rahmah buat semua.

Ini merupakan kisah rakan sekerja saya.Rakan sekerja saya yang baru sahaja berumur 16 tahun.Beliau sering kali mengadu tak tahan duduk lama di rumah.Katanya beliau rimas dengan leteran dan bebelan mak cik beliau.Saya tumpang kesian jugak sebenarnya sebab bagi saya bukannya senang tinggal jauh daripada mak ayah ni. Tambahan lagi, duduk serumah dengan orang lain yang dah berkeluarga.Tiap kali beliau mengadu, mesti beliau akan cakap macamni, “Mak cik saya tak pernah faham perasaan saya”. Ooo, yang ni sebijik macam teori pak cik Elkind (1978) pasal Personal fable.

Personal fable merujuk kepada rasa unik yang dialami oleh golongan remaja.Rasa unik inilah yang menyebabkan mereka rasa tiada orang pun yang faham perasaan mereka.Mereka fikir hanya mereka sahajalah yang betul.Tapi takkanla saya nak cakap macamni pulak kat beliau.“Saya rasa awak ni sedang mengalami sindrom Personal fable ni.Sah-sah dah ni”. Nanti tak pasal-pasal dapat macamni haa,”Awak ni pun sama je dengan mak cik saya kat rumah!” Hoho.Bahaya jugak kalau semua teori pun nak kena praktik.Lagipun butiran situasi sebenar tidak diketahui.

Sejak kebelakangan ni, saya mula menyedari bahawa saya sudah “jatuh cinta” akan EDUC 340.Tapi ini bukan satu jaminan untuk saya cemerlang dalam “course” ini (bukan pesimistik). Sesungguhnya,minat dan skor tinggi adalah dua perkara yang berbeza ya tuan puan.Oh, alangkah seronoknya kalau “course” ni tidak memerlukan kami untuk mengarang “assignment-assignment” yang sepanjang 10 muka surat setiap satu dan juga tidak memerlukan kami mengarang beberapa lagi siri esei yang mencabar dalam ujian yang akan datang.Oh bernas juga idea ini ya, mungkin boleh diusulkan kepada Encik Bowden nanti.^-^

*To be abnormal during the adolescent period is by itself normal (Freud, 1958)

One thought on “sturm und drang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s