Kisah cinta kuih Qasidah-

Kisah cinta kuih Qasidah.Diulang,diulang dan diulang.Hingga kukuh “schema” itu di kotak fikiran saya.Sangat tinggi rupanya nilai kisah ini bagimu wahai teman!Diulang,diulang dan diulang lagi.Ia adalah satu kisah cinta yang tulus.Hanya yang terpilih sahaja yang mampu merasai kemanisannya.Ya,ia adalah kisah cinta kuih Qasidah!Satu kisah cinta yang masih kukuh meskipun sudah bertahun-tahun ia diriwayatkan.

Saat pertama mengenali kisah ini darimu dulu wahai teman,pelbagai rasa datang menjengah.Ya Allah!Sungguh mulia kisah cinta kuih Qasidah ini!Namun pastinya lagi terkesan di hatimu wahai teman.Kini kisah itu hanya tinggal kenangan.Satu kenangan yang seiring dengan tiupan angin rindu.Namun tidak mungkin bisa hilang dari jiwa yang merasa.

Oh kisah cinta kuih Qasidah!”Engkau” dibangkitkan semula semalam.Terasa pedih di hati ini namun rasanya tidak mungkin sama dengan apa yang kamu lalui wahai temanku!Ya kisah cinta kuih Qasidah!Kisah cinta mereka.Moga kamu tabah wahai teman!Kamu masih punyai saya.Ya saya.Yang nilainya tidak mungkin sama dengan kehadiran mereka.Usah gusar akan masa depanmu wahai teman!Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersamamu dalam setiap langkah perjalananmu.

Dan kisah cinta kuih Qasidah mengajar diriku erti cinta.Erti cinta yang tiada tolok bandingnya.Kisah cinta kuih Qasidah ini tidak pernah mengenal nilai susut.Kerana ia dibina dan dijunjung atas nilai keikhlasan.Ya,keihklasan yang hanya mampu disuluh dengan sukma keimanan.Tulusnya kasih dan sayang kisah cinta kuih Qasidah ini.Cinta yang tak mungkin lapuk ditelan zaman.

Sesungguhnya,diri ini tidak mahu sesekali menyesal.Menyesal kerana tidak pernah mengkhabarkan rasa cinta itu.Rasa menyesal kerana tidak pernah merasai hangat dahi mereka.Rasa menyesal kerana tidak pernah menghidu bau wangi uban mereka.Rasa menyesal kerana tidak pernah menikmati mesra pelukan mereka.Terima kasih Ya Allah atas anugerahMu yang tidak ternilai ini.Kurniakanlah daku dan adik-adikku kekuatan.Kekuatan untuk terus menjadi anak-anak yang terbaik buat mereka.

Dan buatmu wahai teman!Malamku tadi bertemankan kisah cinta kuih Qasidah mereka.Ligat sekali diri ini berfikir dan merasa.Moga tabah wahai temanku di sana.Kamu kuat wahai teman!Kalau kita bisa ketawa bersama,kita juga bisa menangis bersama.Senyumlah wahai temanku.Dan senyumlah.Sinar kegembiraan akan menantimu di hadapan sana.Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka selamanya.Ameen Ya Robbal Alameen.

Bila kisah cinta kuih Qasidah diulang,diulang dan diulang…

*Al-Ahqaf 46:15, Al-Isra’ 17:23-24

3 thoughts on “Kisah cinta kuih Qasidah-

  1. salam diana, kite doakan semoge teman kite kuat, aku tau die kuat dan sangat tabah, Allah saje yang tahu betape kuatnye hati die. semoge kejayaan dunie akhirat menjadi miliknya, insyaAllah.

    aku juge mengimpikan cinta yang same..

  2. salam diana, kite doakan semoge teman kite kuat, aku tau die kuat dan sangat tabah, Allah saje yang tahu betape kuatnye hati die. semoge kejayaan dunie akhirat menjadi miliknya, insyaAllah.

    aku juge mengimpikan cinta yang same..

  3. wsalam ten…
    terima kaseh sgt2 utk doa itu.kite pakat doa deh.aku pn xtau adakah ak setabah dia bila diuji dgn kehilangan sebegitu.betapa bertuahnya kita ten sbb ade mak ayah lg.ajal ni dokleh duga.wpun dia kate die ok,tp hati die “menangis” ten.tp ak tau die kuat.moga Alah swt bg kekuatan kat dia.doa ah deh bia mudoh urusn ye nak abis final year kekgi.thanks ten.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s