~Bukan pengulas buku

Dalam kelas semalam,ada disebut tentang “Wishful thinking”.Mengikut apa yang saya faham, “Wishful thinking”(WI) ini berlaku apabila seseorang itu menggunakan khayalan minda tanpa mengambil kira sepenuhnya hakikat realiti dan bukti yang ada di sekeliling beliau.Dan seorang daripada ahli kelas kami berpendapat bahawa buku “The Secret” dari Rhonda Byrne sedikit sebanyak mempunyai unsur-unsur WI ini.Teringat pula yang saya juga mempunyai buku yang sama.Buku tersebut dibeli tahun lepas selepas disarankan oleh seorang kawan.

Secara umumnya,”The Secret” merupakan kompilasi-kompilasi rahsia atau tips untuk kebahagiaan hidup.Tips-tips ini termasuklah tips kewangan, kesihatan, perhubungan, kehidupan dan juga untuk dunia sejagat.Tetapi,kebanyakkan daripada kandungan buku ini tidak tercapai dek akal.Sebagai contoh,

Tips untuk kesihatan
-Seseorang ini berkongsi kaedah yang beliau telah guna untuk merawat mata beliau yang rabun.Ia hanyalah semudah membayangkan penglihatan beliau sebaik dan sejelas seperti semasa beliau berumur 21 tahun dahulu.Dan lagi mengejutkan,beliau tidak lagi memerlukan cermin mata dengan hanya mengimaginasikan perkara tersebut dalam masa tiga hari sahaja.Adakah semudah itu sekali?Dengan hanya berimaginasi semata-mata?

Berikut merupakan satu lagi petikan daripada “The Secret” (perhatian:”You” merujuk kepada para pembaca)

“You are the master of your life, and the Universe is answering your every command.”

Pernyataan ini sangat “bahaya” saya kira.Maka,perlu berhati-hati dengan setiap apa yang “terhidang” untuk kita.Dan “The Secret” ini juga selalu menekankan “kuasa” yang minda boleh lakukan dalam kehidupan kita seharian.Memang benar ada tikanya minda boleh mengubah sesuatu keadaan tapi perlu juga beringat bahawa ada “kuasa” yang lebih tinggi daripada itu.Sekian.

*Don’t accept everything “they” impose on you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s