Nilai “Birchat HaChama” bagi mereka…

Di sini,rumah kami bertentangan dengan dua buah rumah ibadat (pada jarak yang amat dekat).Sejak kebelakangan ini,beberapa kali saya terpandang, satu daripada rumah ibadat itu dikunjungi oleh ramai orang.Kalau sebelumnya,dikunjungi pada hari Sabtu sahaja,tetapi baru-baru ni mereka kelihatan sedang “mempersiapkan” diri untuk suatu acara penting.Tak kira tua muda,sihat mahupun yang bertongkat,semuanya turut serta dalam “perjumpaan” tersebut.Hal ini mungkin ada kaitannya dengan sambutan Birchat HaChama yang akan disambut oleh mereka hari Rabu ini, 8 April.

Apakah Birchat HaChama ini?Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.Berikut merupakan ringkasan untuk Birchat HaChama:

Perhatian: Semua ini adalah apa yang MEREKA percaya.

1.Juga dikenali sebagai “Blessing of the sun”
2.Disambut setiap 28 tahun.Mereka percaya bahawa Matahari berada di kedudukan asal sepertimana pada saat ia dicipta iaitu pada hari keempat kejadian
3.Pada saat ini,matahari dipercayai mencapai “kuasa penuh”.Lalu mereka akan menyegerakan bacaan tertentu bagi memohon kebaikan daripada Tuhan
4.Sambutan pada bulan Nisan, pada hari keempat dalam seminggu (Rabu), pada waktu terbit fajar
5.Mengikut kalendar mereka, sambutan Birchat HaChama pada tahun ini jatuh pada Nisan 14, 5769 juga bersamaan dengan 8 April 2009
6.Sambutan seterusnya dijangka pada Nisan 23,5797 bersamaan 8 April 2037.

Hari-hari kejadian:

Mereka percaya bahawa terdapat enam hari kejadian.

1.Hari pertama-Cahaya diciptakan.
2.Hari kedua-Air di bahagian “atas” dipisahkan dari air di bahagian “bawah”(dijelaskan lagi dengan contoh hari kelima)
3.Hari ketiga-Tanah-tanah dan pokok-pokok diciptakan.
4.Hari keempat-Sumber yang mengeluarkan cahaya diciptakan.Ini merangkumi Matahari,Bulan dan juga bintang.
5.Hari kelima-Hidupan langit dan laut diciptakan (kejadian burung-burung yang “berenang” di “air” atas dan kejadian ikan-ikan yang berenang di air bawah)
6.Hari keenam-Haiwan-haiwan dan manusia diciptakan.
7.Hari ketujuh-Mereka percaya bahawa Tuhan “berehat” pada hari ini.

Kebiasaannya Birchat HaChama disambut pada bulan Nisan.Mengikut kepercayaan mereka,bulan Nisan mempunyai banyak keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai contoh:

1.Nabi Yusuf dilepaskan daripada penjara
2.berakhirnya era “perhambaan” nenek moyang mereka di Mesir
3.Lahirnya Nabi Yaakob
4.berlakunya banyak “redemption” dan semua “redemption” ini ada kaitan dengan “the promised land”.Ya,saya ulang sekali lagi, THE PROMISED LAND.

Kenapa Birchat HaChama penting bagi mereka?

Simbolik untuk cahaya.Cahaya yang membawa kepada kehidupan baru,tenaga baru dan juga kuasa baru.Mereka juga percaya bahawa cahaya diturunkan khas untuk mereka dan juga sekutu-sekutu mereka.Cahaya yang bagaimanakah ini?Sedangkan “bangunnya” mereka adalah atas setiap titis darah dan tangisan saudara-saudara kita di sana.Dan sesungguhnya pengetahuan Allah SWT itu luas sehingga merangkumi segala apa yang ada di Syurga dan juga di Bumi.Wallahualam.

“Wahai Tuhan Kami!Kurniakanlah rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (18:10)”

*Bukannya ditulis untuk “memperbesar-besarkan” acara keagamaan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s