Psychological defenses-

Berminat untuk berkongsi apa yang saya belajar dalam kelas semalam.Berkenaan dengan “Psychological defenses”.Tolong betulkan saya sekiranya saya tersalah.Dan mohon maaf juga sekiranya mesej tak tersampai.Mungkin disebabkan oleh kurangnya kemahiran menterjemah:)

Pyschological defenses
-cara seseorang bertindak balas terhadap cabaran persekitaran yang mana bertujuan “menyelamatkan” dirinya sendiri.Cara-cara ini menyebabkan realiti “hilang” sifat sebenarnya.Dalam erti kata lain,cara tindak balas tersebut tidak bertepatan dengan realiti.Contoh kat bawah mungkin sedikit sebanyak boleh membantu pemahaman:

Perhatian:Yang ini lebih kepada untuk remaja.

1.Displacement
-memindahkan suatu perasaan atau keperluan dari satu situasi atau dari seseorang kepada objek lain

Contoh:
Seseorang itu menyangkakan bahawa orang di sekelilingnya berdengki atau tidak berpuas hati dengan dirinya,sedangkan beliau yang sebenarnya tidak berpuas hati dengan orang lain.

2.Reversal of affect
-keperluan dan perasaan tidak digambarkan seperti yang sebenarnya

Contoh:
Seseorang yang sedang marah kelihatan tenang(menahan marah),seseorang yang berada dalam kesedihan boleh tersenyum menggembirakan orang di sekeliling beliau.

3.Uncompromising
-mengelak daripada “complexities of life”, ingin tinggal dalam “black and white world”

Contoh:
Golongan ini tidak menerima “pertengahan”.Mereka sama ada menilai sesuatu sebagai baik atau buruk sahaja.Tiada yang tengah-tengah.

4.Regression
-mahu kembali kepada zaman lalu,bertindak seperti kanak-kanak dan tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap manusia itu perlu melalui proses “pendewasaan”.

Contoh:
Remaja perempuan yang baru menginjak usia sekolah menengah tidak mahu makan akibat tidak boleh menerima hakikat yang mereka mula secara perlahan melangkah ke alam dewasa.(membawa kepada “eating disorder”)

5.Asceticism
-menidakkan keseronokan,menolak selera makan,nikmat tidur dan keselesaan diri sendiri

Contoh:
Sanggup tidak makan dan tidak tidur untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

6.Withdrawal
-menyendiri,penggunaan fantasi

Sumber:
Sprinthall, N. A. & Collins, W. A. (1984). Adolescent psychology: A developmental view. NY: Random House.

*Nak mintak tolong kalian doakan saya dan kawan-kawan di sini supaya terus tabah dan kuat untuk menghadapi minggu ini dan juga minggu depan.Terima kasih semua.Moga kita semua sentiasa berada dalam redha Allah SWT.Ameen.:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s