Bermula lagi satu episod baru…

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, “Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakanNya.”Ketahuilah, sesungguhnya ucapan ”Andaikata” dan “Jikalau” membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) syaitan. (Hadis riwayat Muslim)

———————————————————————————————————————–

Setelah 4 bulan lebih bercuti,TESLian Cohort 4 akan mula kelas mulai esok bersamaan dengan 2 Mac…dengan itu, saya berkemungkinan akan mengurangkan segala aktiviti di alam maya dan mungkin tidak lagi seaktif sepanjang cuti yang lalu (entah ya ke tidak)…

Maka,kepada kawan-kawanku di luar sana…ketahuilah wahai kalian…saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat kalian semua…tidak berhubung tidak bermakna tidak ambil berat (macam “complicated”la pulak ayat ini)…sesungguhnya kalian semua sentiasa dalam ingatan…jika memerlukan “khidmat” saya…anda tahu di mana boleh cari saya…sekiranya mesej “phone” tidak berbalas…mohon maaf sangat-sangat…mungkin saya kekurangan “fulus” ketika itu…just feel the pinch folks!haha…doakan perjuangan kami semua di sini ya…terima kasih…:)

Dan kepada rakan-rakan seperjuanganku di sini…marilah kita bersama-sama kuatkan semangat untuk trimester baru kali ini (ingin menyedapkan hati sendiri juga ni)…moga kita semua sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan “perjalanan” kali ini…betapa ramai di luar sana nanti yang akan memerlukan kita…bersemangat ya kawan-kawan…aja aja fighting!

Bagi mengakhiri entri ini,saya dengan sukacitanya ingin berkongsi video ini…video ini buat saya jadi lebih bersemangat…entah guru jenis macammana saya nanti esok-esok…sekadar muallim sahaja?atau muaddib?ataupun mursyid?oh kalau murabbi jauh lagila Ya Allah…

*Saya bakal cikgu (dengan mata yang bersinar-sinar)… ^-^

3 thoughts on “Bermula lagi satu episod baru…

  1. na, semoge Allah kurniakan kite seme adek beradek dan kawan kawan yang lain kekuatan dan semangat yang tegar meneruskan perjuangan kite insyaAllah, tengok vid clip ni kan, aku tak tau r what type of teacher i’d be. aku teringin tengok cite ni, haruskah aku ke nippon? “tetibe” w i n k :p

    na, je t’aime!
    bonne chance mes amie!

  2. na, semoge Allah kurniakan kite seme adek beradek dan kawan kawan yang lain kekuatan dan semangat yang tegar meneruskan perjuangan kite insyaAllah, tengok vid clip ni kan, aku tak tau r what type of teacher i’d be. aku teringin tengok cite ni, haruskah aku ke nippon? “tetibe” w i n k :p

    na, je t’aime!
    bonne chance mes amie!

  3. insyaAllah ten…moga Allah swt permudahkan urusan kita semua…ameen…byk mende lg ni nak kene belajar…

    hah?ke nippon?yes,nk join!dengan syarat dpt tiket free…haha

    was sie sagen?bitte lassam…bitte lassam…
    und ich sprechen nicht gut french…haha
    ich liebe dich,schon!Viel Gluck!:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s