Perbualan yang memberi input secara tidak sengaja…

Semalam,kami melawat kenalan kami di Newlands, Nana (bukan nama sebenar)…Nana merupakan seorang Kiwi…apa yang saya kagum tentang Nana…beliau baru memeluk Islam beberapa tahun yang lalu tetapi gaya hidupnya cemerlang sebagai seorang Muslim…mengalahkan mereka yang sememangnya dilahirkan sebagai Muslim…dan sepanjang perbualan kami semalam,banyak benda baru yang saya belajar daripada Nana…

1.Kewarganegaraan New Zealand
-Tidak susah sebenarnya untuk memohon taraf warganegara New Zealand…seperti suami Nana, Sulaiman(juga bukan nama sebenar) baru sahaja mendapat pengiktirafan sebagai warganegara New Zealand…Apa yang anda perlu buat hanyalah:
a)membayar lebih kurang 400 NZ Dollar
b)sekiranya anda mengahwini Kiwi,anda hanya perlu mengambil masa 3 tahun untuk memohon sebagai warganegara
c)anda boleh mempunyai taraf warganegara lain..seperti juga Sulaiman…sekarang Sulaiman sudah mempunyai dua taraf warganegara…satunya NZ dan satu lagi negara M
d)sekiranya anda berjaya membuktikan anda tidak mempunyai rekod jenayah di NZ mahupun di negara asal anda…anda tidak mempunyai masalah untuk memohon kewarganegaraan
e)sekiranya anda mempunyai kenalan rapat Kiwi atau sesiapa sahaja yang boleh memberikan testimoni yang baik untuk anda…permohonan untuk taraf kewarganegaraan tidak menjadi satu masalah

2.Dinar dan dirham
-Kami sempat berbincang tentang kelebihan menggunakan emas dan perak berbanding wang kertas yang kita guna sekarang…amalan yang telah lama dipraktikkan sejak zaman Nabi lagi..tak banyak yang kami bualkan pasal ini…tapi Nana ada menyatakan bahawa terdapat satu hadith yang menyebut kepentingan menggunakan dinar dan dirham yang merujuk kepada penggunaan emas dan perak…mohon maaf kerana tidak dapat menyediakan sumber rujukan bagi ini…saya pun bukannya arif sangat pasal benda-benda ni..takut tersalah bagi maklumat pulak…:)

3.Isu Palestin
-Isu ini semacam sudah mula dilupakan…Nana juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap kebanyakkan Kiwi yang kurang mengambil tahu pasal isu ini…tidak dapat dinafikan ada sesetengah Kiwi ini seperti berada di dalam “Comfort Zone”…tidak ambil peduli sangat pasal orang luar(saya pun kadang begitu juga..haish)…sebagai contoh…sepanjang berada di sini saya pernah ditanya “Apakah agama awak?”…agak hairan jugakla bila ditanya sedemikian rupa…Walaupun dah bermacam-macam demonstrasi dilancarkan di sini,tidak banyak tindakan yang diambil oleh kerajaan NZ…nampaknya pucuk pimpinan John Key (Perdana Menteri NZ) lebih memilih untuk berdiam diri sahaja..apa yang nak diharapkan dari seorang yang juga berketurunan Yahudi?(terkejut bila tahu hakikat ini)…saya sendiri pun hairan mengapa pengundi di New Zealand tidak memilih untuk mengundi Green Party yang saya kira lebih menekankan “humanity”…mungkin mereka semua ada sebabnya yang tersendiri(tidak boleh memandai sangat..hoho)

4.Link-link yang menarik
Malam tadi kami bersama-sama mendengar ceramah “Dajjal: The False Mesiah” oleh Imran Hosein…ini merupakan kali pertama saya mendengar nama “scholar” yang Nana bilang terkenal ini (betapa tak ambil tahunya saya selama ini)…ceramah ini memang bagus dan tak rugi kalau dengar…Nana juga bilang Imran Hosein ini agak popular di Malaysia(yang ini lagila saya tak pernah dengar)…pernah timbul kontroversi sekejap di Malaysia…tapi saya tak mahu sentuh pasal isu tersebut…apa yang saya ingin kongsikan di sini…laman web Imran Hosein yang saya kira agak menarik…Imran ini lebih menyentuh kepada Tanda-tanda akhir zaman dan memberikan kaitannya dengan apa yang berlaku sekarang…dan akhir tahun lepas juga…semasa Isu Palestin tengah hangat diperkatakan…Nana ada menghantar link video Peace, Propaganda dan The Promised Land…sepatutnya saya dah kongsi link ini dulu lagi…tapi silap saya juga sebab masih belum habis tengok lagi…sejujurnya,saya sendiri pun menonton Part 1 sahaja…itupun dah “emo” semacam…sekian…

*Nana cakap…sebelum peluk Islam dulu, beliau ingatkan Palestinian yang tinggal secara haram…rasa sedih bila masih ramai lagi yang berfikiran begitu di luar sana…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s