Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, maka mengerjakannya orang itu. Sahabat bertanya: Bagaimana Allah mempekerjakannya? Nabi SAW menjawab: Iaitu Dia memberinya taufik untuk melakukan amal salih, kemudian mewafatkannya dalam keadaan beramal soleh itu.” (Hadis riwayat At-Tarmizi)
———————————————————————————————————————
Secara jujurnya,bila saya “online” YM, saya jarang sekali tampil dengan status “online” kepada semua kenalan…ada banyak sebab untuk itu…tapi hari ni saya beranikan diri “appear” kepada semua orang dan akhirnya saya “ditegur”…
Seawal pagi sudah di”hidang’kan soalan sebegini..“Adakah awak ini Sunni ataupun Shia?”…terkejut juga tiba-tiba ditanya begitu…dan beliau juga telah menghantar satu “file” yang saya sendiri tidak pasti sama ada ianya sesuai atau tidak untuk dikongsi bersama…bagi saya, artikel itu agak panjang(mungkin tidak bagi orang lain)…saya sendiri pun tak pasti bila boleh habiskan semua itu..sekarang ni, hanya mampu baca 1/4 sahaja…setakat yang saya baca…saya tak boleh nak terima 100% isinya…anda semua juga mungkin begitu…dan saya pun tak pasti apakah niat beliau yang sebenarnya berkongsi artikel tersebut…saya bukan ingin bersangka buruk tetapi sebagai langkah berjaga-jaga…
kepada sesiapa yang berminat nak baca boleh bagitau saya…penat den nak “digest” sorang…^-^
*Terlalu sedikit ilmu yang ada…Ya Allah…