Maria Ella yang unik…:)

Jangan bersedih wahai cik abang…Maria Ella di sini datang membantu..(^-^)v

——————————————————————————————————————————————————————————

Tadi Maria Ella tanya lagi soalan yang sama…”Bilanya nak tulis entri pasal aku?”…saya pun dah lupa yang ni kali keberapa dah beliau bertanya..tanya banyak kali sampai terbawa-bawa ke mimpi…terkejut je dari mimpi..saya dah nekad dah…kena tulis jugak satu…bahaya juga penangan mimpi ni ye..tapi tak bolehla cerita kat sini…tak best ah kalau orang ramai tahu..haha

Jadinya entri ini ditulis supaya “keunikan” Maria Ella tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas…Maria Ella ini sememangnya seorang yang unik..unik mungkin membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang…tapi bagi saya,unik untuk Maria Ella merangkumi perkara-perkara yang berikut:

1.selalunya apa yang Maria Ella cakap selalu betul…atau dengan kata lain…bermulut masin..maka berjaga-jagalah(nampak tak kaitannya di situ?hoho)

2.Maria Ella sentiasa energetik dan bersemangat di mana sahaja beliau berada..dalam banyak situasi pun memang beliau begitu…saya pun tak faham macammana boleh jadi macamtu…mungkin boleh tanya beliau sendiri…haha

3.Maria Ella kaya dengan falsafah…setiap kali beliau mulakan ayat beliau dengan…“Hidup ini”…saya memang secara automatiknya akan tergelak…jarang sekali saya nak tumpu kepada apa yang diperkatakan tapi lebih kepada nak gelak…tak tahu kenapa…rasanya yang ini pun dipersetujui oleh Maria Tita dan juga Maria Salsabila…

4.Beliau bertindak sebagai “superwoman” dalam banyak benda…kalau ada sesiapa di luar sana yang rasa kesunyian atau memerlukan bantuan…anda bolehla menghubungi Maria Ella..betul ni..tak bohong…;)

5.Dan perkara paling unik tentang Maria Ella…beliau suka bertanya soalan-soalan yang cepumas..sebagai contoh…”Diana,awak sayang dok saya?”…bukan sekali je beliau tanya…tengah makan beliau tanya..tengah basuh baju beliau tanya..tengah masak beliau tanya…haish..tak faham betul…haha…

Keunikan Maria Ella tidak terhenti di situ sahaja…Berikut merupakan dialog antara saya dan Maria Ella tempoh hari yang saya kira agak “unik”(macam dah takde mende nak cakap..hoho)

Maria Ella:Siapakah nama sebenar awak? (apa jenis soalankah ini?)

Saya: (gelak sakan+malas nak layan)…Nameless…

Maria Ella: (sambil buat muka terkejut+bernada sengau)…What happened to your name?

Saya:????(Gelak lagi…Oh Maria Ella!)

Begitulah uniknya Maria Ella…itu hanyalah sebahagian saja…ada banyak lagi…Alhamdulillah,syukur sangat ada sahabat sebaik Maria Ella…saya percaya yang rezeki itu datang dalam banyak bentuk…dan alhamdulillah..rezeki saya dapat sahabat sebaik beliau…walau “sengal” macammane sekalipun beliau(haha)…saya tetap sayang beliau…sampai tulis entri ni..harapnya entri ni dah menjawabla “soalan-soalan” beliau sebelum ni…

Satu lagi,saya takut…suatu hari nanti,saya lupa yang saya pernah ada sahabat seunik beliau…sebab itu entri ini ditulis..walaupun entri ini nilainya pastinya sedikit sekali kalau nak dibandingkan dengan kebaikan-kebaikan beliau…dan dengan itu juga, saya ingin tujukan lagu khas buat kamu wahai Maria Ella…walaupun liriknya macam ada yang tak relevan sket untuk kita(bila pulak berpisah benua?)…haha..pape pun,sayang sangat kat kamu Maria Ella!hanya Allah swt je yang tahu…

Kau Kawan, Sahabat, dan Teman (UNIC)

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

*Mesti ade orang kata entah pape entri kali ni…haha..ikutla apa orang nak kata..tak kisah pun…^-^

2 responses

  1. wow! im so eager to see maria ellac :p
    anneh, tapi unik!!😀
    yash, maria ella sgt energetik, aku rase maria ella terlebih amek vitamin kot :p

    and yes, she’s a superwoman! and im grateful to have her as one of my sis. alhamdulillah (“,)

  2. haha…no worries dear…i’ll bring u to her someday *wink*

    i’m sure u would have a great time knowing her…
    most of people found her to b luvly,wonderful n not to forget..simply exuberant!
    n i personally believe dat she deserves all those plaudits…hoho…

    O Allah…how blessed i am to have them by my side!alhamdulillah..n thanks a lot to you too my bosom buddies!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: