Sama tapi tak serupa…

Saya melihat dua situasi yang sama tetapi atas dua sebab yang berbeza…

Situasi pertama:

Rakan sekerja saya yang lebih muda daripada adik saya…dan boleh pegang pangkat adik bongsu dalam keluarga kami…bekerja keras untuk menyara ibu sendiri di tanah air sana…jauh dari bonda tercinta…moga Allah swt sentiasa memberikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau…semoga mudah perjalanan hidup beliau dalam merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang professor kelak…Ameen…

Situasi kedua:

Adik bongsu saya yang baru selesai SPM…gigih bekerja di situ…dan sebab utamanya lebih kepada ingin memanfaatkan sebaiknya cuti beliau yang panjang…semoga adikku di sana jua sentiasa dilimpahi keberkatan oleh Allah SWT….

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah al-Ahzab 33:21)

4 thoughts on “Sama tapi tak serupa…

Leave a reply to fathen suriati Cancel reply