Burung Moa yang tiada dalam koleksi buku skrap saya…

Ada sapa-sapa pernah terserempak dengan burung seperti ini sepanjang hidup mereka?Saya sendiri pun tak pernah…cuma dapat tengok replikanya sahaja semalam…semestinyala di Te Papa…percaya atau tidak,burung spesies ini yang dinamakan Moa,pernah hidup atas muka Bumi New Zealand lebih kurang seribu tahun yang lalu…nasib baik dah takde dah sekarang..kalau tak,tak boleh tidur malamla saya gamaknya(nampak tak kaitannya di situ?)…

Dan sekarang ni MOA ini sudah pun pupus..saya difahamkan bahawa Moa ni pupus atas beberapa faktor seperti “pemburuan” oleh burung helang Haast,oleh Orang Maori dan juga kesan daripada “pembersihan” hutan…sekali imbas,ada juga rupa macam burung unta…dan ada juga rupa macam burung kiwi…cumanya Moa ini gedabak sikit(ke banyak gedabaknya?ehehe)

Kalaulah saya tahu pasal kisah burung Moa ni masa saya darjah 4 dulu…mesti Moa ni dah jadi satu daripada koleksi haiwan-haiwan yang telah pupus untuk buku skrap saya…ye,saya kena buat buku skrap pasal flora dan fauna yang telah pupus masa saya darjah 4 dulu…tak ingat subjek apa…Kajian Tempatan kalau tak silap…hem,tak ingatla…Kajian Tempatan ataupun subjek Sains…

Yang paling cuak sekali…kitorang kena cari gambar atau lukis spesies-spesies yang telah pupus atas muka Bumi ni…dinasour terkecuali pulak tu…mana nak cari…internet pun bukan se”glemer” sekarang masa zaman tu…ahahah..saya pun masih tak faham apa rasional di sebalik kerja buat buku skrap ni…akhirnya saya merapu-rapu sahaja…melukis ikut sedap kata hati…nama yang diberi pun direka-reka sesuai dengan peredaran masa(ye,saya boleh jadi tukang karut yang bertauliah pada sela masa tertentu)…terasa rugi pula sebab tak simpan buku tu…

Apapun,seronok juga ye buat buku skrap macamtu…biarpun masa tu saya dah hampir putus asa nak siapkan buku tu…tak dicampur lagi dengan rungutan demi rungutan(suka membebel rupanya)..sampaikan Mi pun berkata…lebih kurang macamnila…”Cakapla kat cikgu elok-elok…saya tak jumpa cikgu…mana nak cari gambar-gambar tu semua…semua tu kan dah pupus”…AIGO…AIGO…*wink*…

——————————————————————————————————————————————————————————————-

Sekarang dah boleh tersenyum lebar…dah pasti dah…walaupun saya minat akan subjek Linguistik…saya tak perlu ambil paper Linguistik untuk Trimester akhir saya kat sini(lebih kurang bulan Julai nanti)…jadinya,saya hanya ambil dua paper saja untuk Trimester akhir…”Language Education for Science and Technology” dan juga “Political Islam”…boleh jugala saya rehat-rehat sikit sebelum balik Malaysia nanti…hoho…

2 responses

  1. hahah, you rock!!! you rock!! kamu batu!! hahha, keras aku lagi, mu ni ena. ade ade je, ke mu nak aku khepok jugop? :p
    hahah, gane gane pun, aku sayang mu ena! sayang sangat2!!

  2. ten,ak rase mu mengalami sindrom “kang ja” ni…kene gi spital cpt2…takut melarat plk kalu dok dpt injection..haha…ten,ak sayang mu gak!sayang byk2!kalu ak xkabo pn,mu mmg tau dh kan?moga Alah swt merahmati ukhuwah kite…ameen..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: