Absolutely Positively Wellington!

Tadi,kitorang berempat melawat Te Papa(sebuah muzim di sini)…ini merupakan kali kedua sepanjang kitorang duk kat sini…berikut merupakan”highlight” untuk hari ni:

1.Pembentukan New Zealand

“Pembentukan” di sini melibatkan perubahan bentuk muka bumi NZ…terkejut juga saya tengok tadi…dalam tempoh berjuta-juta tahun…bentuk muka bumi ni sentiasa berubah-ubah…NZ ni pun sebenarnya hasil dari proses tersebut(terpisah dari satu bahagian yang besar)…lingkaran api pasifik(ring of fire) pun boleh berubah mengikut peredaran masa…dan ini semua mengambil masa berjuta-juta tahun…dan tak mustahil Malaysia pun bakal termasuk dalam lingkaran api pasifik dalam tempoh yang akan datang (Wallahualam)…apapun,kita doakan yang terbaik untuk generasi yang akan datang…

2.Art Gallery

Part ni yang paling saya suka…banyak lukisan yang cantik2…sebahagiannya adalah “European Art”(1900-1950)…manakala sebahagian besarnya adalah karya NZ…tapi sayang…tak boleh ambik gambar…kalau tak,boleh simpan jadi kenangan…(kalau ada pun,tak boleh upload kat sini jugak…itulah “kelebihan” 360 berbanding Blogspot dan WP..haha)

Lukisan-lukisan kat Te Papa tadi yang saya kira sangat tinggi dengan nilai kesenian(cewah!):

1.The Widow by CF Goldie
-seriously,memang berseni abis!sekali tengok macam “real”…macam bukan lukis punya…tak bohong…walaupun lukisan ini agak kontroversi(adela..mana boleh bagitau..haha),saya tetap kagum dengan hasil kerja tangan pak cik Goldie ni…tahniah pak cik!thumbs up untuk pak cik!

2.The Wool Season by John Gibb
-karya pak cik Gibb(seorang Scottish) ni selalu dikaitkan dengan unsur-unsur marin…The Wool Season ni pun tak terkecuali…sekali dengar tajuk..boleh salah faham ni…padahal ianya adalah sebuah lukisan yang berlatarkan pemandangan laut…

3.Summer Street Scene by Ruskin Spear(berasal dari England)
-Ada sapa2 yang tau latar lukisan ni merujuk STREET mana?

Dan saya rasa saya telah mula “jatuh cinta” akan karya-karya pak cik James Nairn (yang berkisarkan keindahan alam sahaja ok)…bagi saya,pak cik Nairn ni (pelukis yang berasal dari Scotland tetapi berhijrah ke NZ atas sebab kesihatan) memang berbakat besar…lukisan beliau kat Te Papa yang berjaya menambat hati saya(ececeh) ialah TESS dan juga Wellington Harbour…yang lain seperti Girl with Cattle dan Autum Blooms pun cantik juga…tangan yang berseni kirenya..

Tadi,saya juga tercari-cari karya dari pak cik Van Gogh (minat sejak dulu lagi)…tapi sayang..takde rupenya…mungkin sebab sebab karya pak cik yang berasal dari Denmark ni agak “berusia” dari karya yang lain…saya memang tertarik dengan karya pak cik Van Gogh ni sebab saya rasa ianya unik…bagaimana seseorang yang keadaan mentalnya tidak stabil,yang boleh potong telinga sendiri dan akhirnya bunuh diri boleh menghasilkan karya-karya hebat sebegitu sepanjang beliau menghuni rumah sakit jiwa itu?Owh..jangan salah faham ye…pujian saya bukan bermaksud terlalu mengagumi..saya masih tahu batas-batasnya…

Dan sebahagian besar daripada lukisan-lukisan ni adalah “oil painting on canvas”…saya memang berminat dengan hasil kerja macamni(tapi diri sendiri tak mampu nak buat)…sebab semuanya berkisarkan bakat…dan bakat macamni sememangnya adalah anugerah…anugerah yang tak ternilai dari yang Maha Pencipta…^-^

*Ujian itu datang lagi…dan saya pun tak tahu apa puncanya…tapi saya redha akan semua ni sebab saya sememangnya hambaNya yang layak diuji…doakan moga saya kuat ye..terima kaseh..moga Allah swt merahmati kalian semua…Ameen…

3 thoughts on “Absolutely Positively Wellington!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s