Tag datang lagi…

Saya telah di”tagged” oleh member semeja saya masa zaman foundation dulu2,Teddy Tee..huhu…tag yang pertama untuk tahun ini…

A.5 fakta tentang diri
1.saya merupakan seorang yang tidak bersukan..ye,saya tau saya telah mengamalkan cara hidup yang sangat ‘sihat’…tapi hakikatnya saya memang tak pandai main apa-apa jenis permainan sekalipun…bola jaring pun tak pandai…mungkin agak bermasalah nanti kalau saya tiba2 diamanahkan untuk menjadi jurulatih bola jaring kat sekolah esok2…haha…susah juga ye..

2.saya seorang yang suka makan…ye,saya tak malu untuk mengaku yang saya memang suka makan…haha…dan saya juga seorang yang tidak memilih dalam bab2 makanan…saya boleh makan apa saja…jangan risau…kecuali sayur (satu lagi contoh gaya hidup yang ‘sihat’)…

3.saya rasa saya seorang yang tak banyak cakap…eh silap…saya hanya banyak cakap dengan orang-orang tertentu je…orang yang betul2 kenal saya je kot yang tahu saya jenis yang macammane (macam poyo je bunyinya)…owh ini mungkin juga salah satu sebab kenapa saya dilabel sebagai misteri..sampai hati ye korang label saya MISTERI…haha…meskipun saya misteri…saya tak pelik ok…*wink*

4.saya seorang gadis yang memakai braces…alhamdulillah,dah hampir dua tahun dah saya pakai braces…dan saya amat2 berterima kaseh dengan famili dan kawan2 yang sangat menyokong saya masa saya nak pakai braces dulu2..siap member buat kad lagi wish “good luck” untuk saya…terharu sangat2!moga Allah swt merahmati korang semua…Ameen…

5.saya sangat suka melukis walaupun tak pandai melukis…hobi saya ini telah dipupuk sejak saya dari kecil lagi…abah biasa belikan buku melukis untuk saya…dan abah akan “mark” lukisan saya dengan bintang2 dan juga gred…owh betapa bahagianya daku ketika itu!huhu…

B.5 perkara menakutkan di dunia
1.hilang nikmat keamanan
2.tanggungjawab yang tak tergalas
3.lupa diri
4.pencemaran di merata tempat
5.nasib keturunan saya di masa hadapan…(ke tak relevan?)

C.5 lagu buat masa sekarang
1.Hijjaz-Sunnah orang berjuang
2.UNIC-Cahaya Cinta
3.Native Deen-Sakeena
4.Vagetoz-Kuatkan aku
5.Izzatul Islam-Sang Murobbi

D.5 perkara yang selalu disebut
Topik perbualan harian saya berubah mengikut kedaan dan masa…tapi buat masa sekarang ni…topik yang selalu diperbincangkan…

1.tentang makanan dan nak masak apa
2.kerja…asyik2 kerja..
3.muhasabah….kami berempat selalu merenung kembali apa yang telah kitorang lalui sepanjang duduk kat sini…dan saya sangat suka sesi sebegini…huhu..ikut kata Maria Salsabila…banyak kejadian dan pengertian yang Allah swt dah berikan kepada kitorang sepanjang tahun lepas…Alhamdulillah…
4.travel…merancang program perjalanan yang seterusnya…harapnya jadila program tersebut..Ameen
5.isu-isu semasa..isu GAZA,isu PPSMI…rasa macam dah banyak tanggungjawab pula…

E.5 perkara amat bernilai
1.Islam…nikmat yang paling berharga…
2.famili…mi dan abah… dua insan yang amat2 saya kasihi…dan juga adik2 yang sangat2 saya sayangi…terima kaseh sangat korang sebab sudi layan kakak korang yang “sengal” ini…hehe
3.sahabat2 baik saya…tak kira di mana jua korang berada…saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat korang semua…terima kaseh banyak2 sebab tanpa korang dalam hidup ini…tak mungkin saya dapat belajar apa itu erti kehidupan…sayang korang semua!
4.kesihatan
5.kebahagiaan

F.5 pertama kali dalam hidupku
1.pertama kali ambik ujian memandu pada 16 Mac 2005…tapi saya gagal dalam ujian tersebut…saya memang agak “fail” sket bab2 teknikal ni…haishh…
2.pertama kali pegang salji pada 24Jun 2008…rasa sangat seronok masa ni..selama ni tengok dalam TV je…tapi akhirnya boleh rasa sendiri macammane salji itu…
3.pertama kali jadi ‘cleaner’ di sini…baru tahu bukan senang jadi ‘cleaner’ ini..perlu bersedia mental fizikal..haha
4.pertama kali beli mesin jahit sendiri pada 8 November 2005…masa ni saya belajar kat IPBA…lepas beli je,terus jahit baju kurung sendiri…dan kenangan yang paling tak boleh lupa…jahit 21 kostum untuk projek Macbeth…penat abis masa ni..
5.pertama kali ‘perform’ depan orang ramai adalah masa darjah 3…saya ingat lagi..saya bernasyid di Dewan Ibnu Sina MRSMKT sempena Hari Keluarga…yang tak tahannya…bila saya belajar kat situ masa Form 4…cikgu BIO saya, Cikgu Siti Fatimah pernah bertanya…”Bukan ke awak yang bernasyid masa Hari Keluarga dulu2?Masa tu awak kecik lagi…”..haish,cikgu ni…buat saya rasa malu pulak..;p

G.5 orang yang nak ditag
Kali pertama ni saya nak tag orang…maka saya ingin menjemput kalian2 yang namanya tertera di bawah untuk meneruskan tag ini…

1.fadhilah-teman sepermainanku sejak kecik
2.arifah the photographer
3.suhaimi ketua kelas 2.2
4.kakop fasury
5.aniszbliss

*ada PROTEST MARCH hari Selasa ni,6 Januari 2009..berkumpul di Ministry of Foreign Affairs & Trade,195 Lambton Quay, Wellington (cnr. Panama St )

2 thoughts on “Tag datang lagi…

  1. protest march tu ape? byk btol e demonstari kat welli sana.huhu. tp zati suke diana lukis, cantek! eh nnti kite anta upah jahit baju kurung kat diana la e? hee

  2. zati,ni protest GAZA tu…sblm ni ade demo anti-racism gak kat welli…huhu…bile plk zati tgk ye?
    haha zati…takut xde rupe baju kurung je baju zati nanti…*wink*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s