Nikmat yang tak mungkin terbayar…

Tiap kali balik dari kerja…saya selalu nampak “blanket man”…rasenya warga Welly kenal kot “blanket man” ni…selalu merayau-rayau kat Courtenay Place…tak perlulah saya nak cerita satu2 pasal beliau kat sini…diharap namanya saje dah cukup menggambarkan kedaan beliau…tapi kesian sangat saya tengok..dan semua ni membuatkan saya terfikir…

“Apa yang dah berlaku kat beliau sampai beliau jadi macamtu sekarang?Macammane dengan masa muda beliau dulu?”

Dan saya pun sedar…selama ni saya banyak sangat buang masa…sepanjang trimester lepas je…banyak sangat kerja bertangguh…selalu buat kerja last minute…ye,saya memang agak lemah sket dari segi pengurusan masa…kalau kene jumpa Kirsten untuk sesi muhasabah diri…saya selalu je berbohong (ye,saya tau ni tak baik)…kalau ditanya…“Ok diana…macammane dengan ‘time management’ awak sekarang?”…Saya pun macam biasa akan jawab…“Semakin baik saya rasa” (sambil tersenyum persis kerang busuk..haishh)…

Umur pun dah nak masuk 22…satu tempoh yang agak lama kalu banyak masa dibuang…makan banyak+tido banyak…haha…saya berharap sangat saya akan jadi insan yang lebih matang dan terurus lepas ni…banyak sangat dah nikmat yang Allah swt bagi kat saya…nikmat sihat,nikmat masa…dan secara jujurnya, saya bukannya pelajar yang cemerlang sangat zaman2 sekolah dulu..saya tersangatla biasa…tapi saya bersyukur sebab Allah swt masih bagi peluang kat saya nak datang sini…Alhamdulillah…semoga saya beringat dengan semua ni…

Saidina Ali Abi Talib pernah berkata:

“Sesiapa yang menghabiskan masa hariannya tanpa ada hak yang dilaksanakannya, tanpa ada kewajipan ditunaikan, tanpa ada kemuliaan dibinanya, tanpa kepujian yang diperoleh, tanpa ada kebajikan yang dilakukannya, tanpa ada ilmu dipetiknya, maka sesungguhnya dia sudah menderhakai masa hariannya itu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s