Bernamakan “fish n chips”???

Semalam saya buka Berita.Harian Online…dah agak lama saya tak singgah sini…nasib baik sebab sempat juga curi masa semalam…dan apa yang menarik minat saya adalah dari ruangan rencana…tajuk artikel ni…“10 kes mahkamah paling ganjil di dunia 2008 oleh Siti Suriani Othman”…Pengarang artikel ni pun sebenarnya sekadar mengolah perisian salah satu artikel dari akhbar The Times…dan antara 10 kes ni,saya berminat nak petik kes yang paling ganjil kat dalam entri ni…berikut merupakan petikan dari artikel tersebut…

Kes paling pelik di dunia sepanjang 2008 berkaitan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di New Zealand yang menarik perhatian dunia dengan namanya, Talula Does The Hula From Hawaii (Talula menari hula di Hawaii). Nama itu dikatakan membuatkan kanak-kanak terbabit akan berasa malu dan ‘cacat’ serta memalukan keturunannya nanti.

Hakim memutuskan bahawa nama itu mempunyai unsur ‘penderaan’ dan mengarahkan kanak-kanak itu diletakkan di bawah penjagaan mahkamah supaya dia boleh menukar namanya. Namun, hakim itu juga menyatakan bahawa memberi nama ganjil kepada anak kian menjadi fenomena di sana (New Zealand) dengan menamakan anak dengan nama Number 16 Bus Shelter (Hentian Bas Nombor 16) dan untuk anak kembar, Benson dan Hedges (sejenis jenama rokok keluaran Britain) serta Fish dan Chips (sejenis menu Barat).

Sebab saya berminat dengan yang ni (haha):
1.kes ni berlaku di New Zealand…dahla saya ni bukannya membaca sangat “The Dominion Post”…tahu yang ni pun dari Berita Harian pulak…haha
2.P.E.L.I.K…apa ke peliknya nama yang mak ayah budak ni kasi kat dia…siap ada bagi nama anak “Fish n Chips” lagi?memanglah “Fish n Chips” tu sedap…tapi apekemendenya bagi nama anak macamtu…oh,aneh sekali!
3.kaitannya dengan unsur penderaan…masa kitorang belajar “Issues in Human Development” untuk trimester lepas…ada jugak lecturer kitorang mengeluarkan pernyataan bahawa New Zealand mencatat kes penderaan kanak-kanak yang agak tinggi di dunia (mintak maaf sebab tak dapat nak bagi statistik terperinci..)…Kesiannya budak2…macammane boleh terfikir nak dera budak2?dengan budak pun nak cari pasal?haishh orang2 tua ni…betapa bertamadunnya!Tapi dalam kes ni…boleh kire penderaan juga ye? owh,mungkin ada kaitannya dengan gangguan emosi yang bakal dialami nanti…

*Ada Pameran Tiga Abad Kesultanan Melayu Terengganu di Kompleks Muzium Negeri, Bukit Losong, Kuala Terengganu sehingga 31 Disember ni…teringin juga nak pergi ye…*wink*

2 thoughts on “Bernamakan “fish n chips”???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s