Aku vs.Kamu…

Hari Ahad ni merupakan hari terakhir Mak Leha bekerja dengan kitorang…Dan malam tadi Mak Leha ajak kitorang datang rumah dia lagi hujung minggu ni…minggu lepas kitorang dah datang…nasib baik kitorang kebetulan ada hal esok…dah tak perlu pergi rumah dia lagi(macam teruk je cakap macamni)…sebelum ni,kitorang tak sampai hati nak tolak tawaran dia..takut kecik hati…pastu pulak,Mak Leha selalu je hantar kitorang balik rumah malam2…dapat jugakla kitorang merasa naik kereta di NZ ni..haha…

Kitorang tak nak pergi bukannya apa…sebab agak berlainan dengan budaya orang kita…dan lebih2 lagi sebagai orang Islam…terkejut jugak saya masa datang rumah Mak Leha haritu…macam majlis tipikal mat sallehla…cuma bezanya taklah lebih-lebih sangat(pandai-pandai bayang sendirila)…takla seteruk mana pun sebenarnya…dan para tetamu pun macam terkejut jugak tengok kitorang berempat…mungkin sebab kitorang kelihatan agak berbeza daripada mereka…

Dahla tak boleh nak makan pape pun…campur pulak dengan rasa berdebar yang amat…tapi diorang semua baik-baik je…siap ajak buat skydiving lagi…oh yang ni saya kurang beranila…dan malam tadi juga,Mak Leha macam sedih sangat sebab kitorang takleh datang..tapi hanya maaf sahaja yang boleh kupinta…harapnya itulah kali terakhir Mak Leha ajak kitorang ke rumah dia (please note:tiada unsur-unsur prejudis atau prasangka buruk di sini)…mintak maaf ye Mak Leha…

Inilah antara cabaran tinggal di tempat orang…pandai-pandai bawa dirila jawabnya…

*Baru saya tahu yang Ernest Rutherford rupanya berasal dari New Zealand…masih ingat model atom yang kita belajar masa Form 4 dulu?Masih ingat lagi dengan unsur Rutherfordium, Rf, Z=104 dalam jadual kala unsur?Ini semua bertepatan dengan pepatah “Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama”…

2 thoughts on “Aku vs.Kamu…

  1. nasib baik abang kite ade nak menyelamatkan keadaan, kalo tak, tak pasal2 nak kene gi umah mak leha lagi, malas dah erh aku nak gi umah makleha, sekali cukup la. ni ha, mak leha bukan berenti la weh, die cuti je. cet. *tut la* hehe~ (note: aku tak mencarot okk :p)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s