Kekangan bahasa…

Dua malam yang lepas,saya bekerja dengan Mak Leha (semestinya bukan nama sebenar) yang berasal dari negara B.Mak Leha bukan “native speaker” Bahasa Inggeris (seperti saya juga).Biasanya Mak Leha mencampur-adukkan bahasa pertama beliau (yang sememangnya asing bagi saya) dengan bahasa Inggeris.Dan ini menyebabkan saya kadang-kadang susah nak faham.Peristiwa ini juga mengingatkan saya kepada perbualan saya dengan seorang lagi teman sekerja saya iaitu seorang Mak cik dari negara C.Beliau baru je dua bulan kat NZ ni.Berikut merupakan sedutan perbualan saya dengan mak cik (please note:ini adalah siri ringkasannya sahaja)

Mak cik:…………student………..(satu je perkataan yang saya faham..yang selebihnya dalam bahasa pertama mak cik tu)

Saya:Ha’ah…saya belajar kat sini…tapi sekarang ni saje jela buat summer job…(main bantai je…sekali mak cik tu kata apa entah)

Mak Cik:……..Massey University…..(yang ni je saya dapat tangkap…mak cik banyak bertutur dalam bahasa pertama beliau yang sememangnya saya tak faham langsung)

Saya:Tak…saya belajar kat Victoria.(sambil tersenyum…betul ke tak respons saya ni?)

Mak cik:…….worker…fat…(sambil menunjuk ke arah level atas)

Saya:Owh,saya mintak maaf…takde pulak saya nampak dia (yang ni pasrah giler jawapan…hoho…harap respons saya membantu beliaula)

Sedutan perbualan di atas mengandungi unsur-unsur “code-switching” seperti yang saya belajar dalam kelas linguistik…Maksud “Code-switching” adalah penggunaan elemen-elemen daripada kedua-dua bahasa pertama dan bahasa kedua dalam pertuturan…”Code-switching” terbahagi kepada tiga jenis:

1.tag switching
-Guna “You know” atau “I mean”…sebagai ganti kepada sesuatu yang kita susah nak terangkan dalam bahasa kedua(yang ni saya pun biasa buat..hoho)

2.code-mixing
-guna perkataan dari bahasa pertama sebagai ganti untuk sesuatu perkataan dari bahasa kedua,biasanya melibatkan penggunaan satu perkataan sahaja

Contoh:
“Have agua(water) please”.(Spanish/English bilingual child recorded by Kessler 1984)

3.code changing
-biasanya melibatkan bahagian-bahagian dalam ayat,penggunaan bahasa pertama lebih banyak

Contoh:
“This morning I hantar my baby tu dekat babysitter tu lah”.(Malay/English bilingual recorded by Ozog 1987.)

*Sekadar ingin berkongsi apa yang saya belajar dalam kelas dulu…sambil tu..boleh ‘reinforce’ balik…hoho…

———————————————————————————————————————

Saya juga ada seorang teman sekelas yang selalu bertanya pasal kepercayaan saya…banyak sungguh soalan yang ditanya oleh beliau…setiap kali kitorang keluar makan bersama…ada sahaja soalan yang beliau nak tanya…secara jujurnya,bukan senang nak terangkan kepada beliau dalam cara yang paling baik…tambahan pula,saya sendiri pun masih kekurangan ilmu dan penguasaan bahasa Inggeris pun bukannya hebat sangat pun…nama je belajar “oversea”…hoho

Kadang risau jugak kenyataan dari saya boleh membuatkan member kecik ati pulak…tapi kadang rasa geram pun ada sebab beliau ini suka sangat melontarkan pandangan “aku-tak-boleh-terima-apa-yang kau-percaya” kat saya setiap kali saya cuba menjelaskan sesuatu..sebagai contoh..isu mengambil ‘minuman itu’…memandangkan beliau juga mengambil ‘minuman itu’…agak susah bagi beliau menerima pernyataan dari saya…dihujahnya balik..betul susah…tak bohong..dahla beliau ambik “Law”…faham-faham sendirila macammana gaya…

*Nampaknya…”language” kena mantap…ilmu pun kena mantap…boleh jadi kombinasi yang cukup baik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: