Pesanan dan amanat dari mereka…

Dua tiga menjak ini,saya banyak teringatkan kenangan-kenangan lama zaman sekolah dulu…terutamanya masa “upper form” dulu…ni mungkin disebabkan oleh sekarang ni musim SPM di Malaysia (nampak tak kaitannya?)…dan sesungguhnya saya sangat sayangkan sekolah tu…sangat2 sayang sebab banyak sangat kenangan manis kat situ (sekolah lain pun sayang juga sebenarnya…hehe)…di sinilah,saya belajar untuk lebih mengenali diri sendiri (cabaran yang besar buat saya)…dan di sini jugalah saya mengenali ramai orang yang baik-baik…pendek kata,saya sangat bersyukur dapat belajar kat situ walaupun untuk seketika cuma…

Memandangkan saya banyak sangat melalut dalam entri-entri sebelum ni (mostly macam tula..haha)…hari ni saya dengan suka citanya nak berkongsi sesuatu yang berfaedah sedikit…entri kali ni berkisarkan pesanan-pesanan cikgu saya masa zaman “upper form” dulu…tapi perlu juga diingatkan…pesanan-pesanan yang bakal tercatat kat bawah ini dibatasi oleh perkara-perkara yang berikut:

1.bukannya sebijik2 macam yang cikgu saya cakap tapi maksudnya lebih kurang macam tula
2.masa dan tempat pesanan diberi tak dapat nak diberikan secara spesifik tapi lebih kurang sekitar 2003 dan 2004…dan semestinya di sekolah itu
3.bagi saya,semua kata-kata cikgu adalah bermakna…tapi yang bakal dikongsi kat bawah ni…sememangnya agak “significant” dalam hidup saya
4.biasanya saya jarang guna nama sebenar dalam entri saya…tapi kali ni terkecuali…benda baik kan…haha

Berikut merupakan “Pesanan-pesanan dan amanat daripada cikgu-cikgu saya yang tercinta”:

1.Cikgu Rohana(cikgu fizik)
-Cuba bayangkan saiz tapak kaki awak dulu macam ni (melukis di papan putih…lebih kurang macam saiz pemadam papan putih tu)…sehinggalah saiz tapak kaki awak macam ni (melukis lagi tapi kali ni sebesar papan putih tu sendiri…wow,terkejut juga saya tengok masa tu…haha)…sesungguhnya betapa besarnya pengorbanan mak ayah awak dari tapak kaki awak sebesar itu ke sebesar ini (sambil merujuk kepada kedua2 gambar itu)…ingat senang ke mak ayah awak nak besarkan awak semua…oleh itu,belajarlah dengan bersungguh-sungguh…

2.Ustaz Fairuz
-Orang perempuan perlu jaga harga diri…jaga maruah diri…dan belajar elok2…satu je ustaz nak pesan…bila awak dah belajar “tinggi” esok2…janganlah pula makin “tinggi” awak belajar…makin “tinggi” pula tudung awak (fahamkan maksud saya?)

3.Teacher Khairiah
-We have to stand tall in this world…if we don’t,we may not be able to stand at all…how sad it is…how scary it is!

4.Arwah Ustazah Anisah(bersama2la kita sedekahkan Al-Fatihah)

-Jangan yang luar je nampak cantik…tapi kat dalam pun perlu cantik…(merujuk kepada kepentingan memiliki akhlak yang baik dan hati yang bersih…)

5.Cikgu Siti Fatimah(cikgu Biologi)
-Cikgu percaya yang kata-kata orang tua dulu-dulu ada kebenarannya walaupun diorang tak belajar Bio…sebagai contoh…bila masuk bab pemindahan molekul-molekul kimia ke dalam sel badan…itu yang menunjukkan ada betulnya bila orang tua dulu-dulu guna istilah “darah daging”…molekul-molekul kimia (sebagai contoh:makanan) menjadi sumber dalam pembentukan sel dan tisu baru (contoh:daging)…sebab tu kita kene makan benda2 yang halal dan elok…(saya tau…yang ni agak “complicated”…saya pun takla ingat satu persatu sangat…tapi lebih kurang macam nila)

6.Cikgu Syukri(cikgu fizik)

-Manfaatkanlah zaman belajar awak ni baik-baik…masa macam ni jela awak berpeluang nak belajar banyak benda…bila awak dah ada kerja esok2,takut2 dah tak sempat dah…

7.Ustazah Paezah

-Cuba awak ambil alih tugas mak awak untuk satu hari…memasak,kemas rumah,basuh baju,jaga adik…masa tula,baru awak tahu betapa penatnya mak awak selama ni…itu baru sehari…cuba hitung sendiri dah berapa lama mak awak rasa penat?

Ini hanyalah sebahagian daripada amanat2 cikgu saya…kalau nak diikutkan..ada banyak lagi ni..tapi yang ni sahajalah yang saya mampu coretkan untuk perkongsian kali ni…semoga bermanfaat untuk semua…

*Saya tengok Maria Tita bersemangat abis belajar “French” sambil bergurukan Youtube…dapat “A” dah nanti dia untuk trimester depan…saya pula bagaimana?macam susah je ye “French” ni…haishh…

3 thoughts on “Pesanan dan amanat dari mereka…

  1. ena, touching nyee, mu memang sangat bagus sebab boleh igt nasihat ramai cikgu cikgu, kalo aku agaknye mesti capo bolok wok skali ni😀

    tp na, hop ustazah Paezah mmg sangat betol, hop lain betol jugop. tp saye penoh doh tegha hop tuh, dop nawok la na. mmg betol penat.

    semoge saye jadi baik macam awak🙂

    maria tita tu mestu chanteq kan? ;;) *senyum malu2 cover gigi *

  2. ena, touching nyee, mu memang sangat bagus sebab boleh igt nasihat ramai cikgu cikgu, kalo aku agaknye mesti capo bolok wok skali ni😀

    tp na, hop ustazah Paezah mmg sangat betol, hop lain betol jugop. tp saye penoh doh tegha hop tuh, dop nawok la na. mmg betol penat.

    semoge saye jadi baik macam awak🙂

    maria tita tu mestu chanteq kan? ;;) *senyum malu2 cover gigi *

  3. bagus kot celoh mane pulok?mu ni panda2 je…hehe..

    tu ah ten,ak jaga Aqil sorang pn rase cam nak demam…apatah lagi mu haritu…

    bile masa plk ak baik?haha…ten,mu memang dah sedia baik dh ok…xperlu jadi mcm ak pn…^-*

    owh iye…tita tu memang chanteq pn..*senyum sambil mengenyitkan mata…haha*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s