Kisah kita berbeda…

Saya mempunyai banyak impian besar sejak kecil (cewah,ayat tak kalah!)…dan salah satu dari impian saya ialah menghasilkan “sebiji kek yang bertatahkan strawberi”…sebabnya?mana nak cari strawberi dulu…nak buat hiasan atas kek…kitorang sekeluarga bukannya selalu makan strawberi kat rumah (atau ada sapa2 yang menjadikan strawberi sebagai makanan ruji di rumah?)…haha…dan sekarang,impian saya dah menjadi kenyataan…alhamdulillah…

Semalam saya dan Maria Ella buat kek coklat bertatahkan strawberi (seperti gambar di atas)…abaikan saja rupanya yang tak berapa sempurna itu…haha…ini sebenarnya bersempena tanda kesyukuran kitorang berdua…dan juga bersempena menyambut kedatangan residen baru di ACI…dan juga bersempena RA kitorang dah abis exam (banyak betul kebetulan ye)…alhamdulillah…segalanya nampak mudah…syukur sangat2…

———————————————————————————————————————-

Tapi dalam masa yang sama juga,saya tumpang simpati dekat dua orang kawan saya yang baru berpindah ke ACI ni…mereka berdua mempunyai masalah yang sama…dan kebetulan pula…mereka menghadapi masalah dengan orang yang sama..bersungguh-sungguh mereka bercerita kat saya semalam…saya pun taktahu nak cakap macammana kat diorang…tapi saya tahu…memang perit rasanya diperlakukan sebegitu…memang tak dapat dinafikan…nak2 kalau saya sendiri yang kena…saya dahla jenis yang tak pandai nak pertahankan diri sendiri…dalam banyak hal pun,saya lebih cenderung untuk berdiam diri…(penyakit apakah ini?)

Dan semua ni membuatkan saya terfikir…kenapa kadang2 kita sebagai manusia ni boleh menjadi terlalu berkira?Apa salahnya kalau kita ada kemampuan sket…kita tolongla orang yang tak sesenang kita…ni usahkan nak tolong orang..yang bahagian orang pun kita nak juga…mungkin juga si pelaku salah ni tidak mengambil kira soal “KEBERKATAN” dalam hidup beliau…dan saya pun tak boleh nak salahkan beliau 100% sebab mungkin juga beliau tidak mengetahui apa itu “KEBERKATAN” (faham kan apa maksud saya?)

Teringat pula pada pesanan si akak…“Jangan lokek dalam berbuat baik kat orang…insyaAllah berkat hidup kita nanti”…dan kata2 ini sangat2 bermakna bagi saya..Tapi ada benarnya juga pepatah Melayu dulu kala…buat baik biarlah berpada-pada”…tak gitu?

*Menyedari kepentingan “H.U.S.N.U.Z.O.N”…(bersangka baik)..

2 responses

  1. mengapa berbeda?
    kan org yg serupa?😀

    mariam, aku wase aku tau kisoh sape.kawan bek awok kn? hop suke men teke teki name tuh kn? *wink* hurm.. smoge kite berpade2 dlm hidup🙂

  2. harusla berbeda..ni kisah ak dan juga kisah mereka…berlaku pada hari yang sama…faham dokni?haha..

    ye ten..jom berpada2 beramai2..haha…^-^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: