Cuti yang panjaaaaaaaaaang…

Sekarang ni,budak-budak Cohort 4 cuti panjang…amatla panjang…rasa cam membazir sangat kalau tak memanfaatkan cuti ni betul2…dan saya sekarang ni sedang menunggu panggilan dari seseorang…panggilan ni jela yang menandakan saya dapat kerja ke tak…kalau tak dapat,maka saya ingin mengisytiharkan saya GAGAL temuduga tukang cuci…haha…sedih betul bunyinya…kerja yang dah dapat…tak pergi pulak…adakah saya insan yang tak bersyukur?tapi saya nak jadi tukang cuci jugak…boleh?

Sepanjang cuti ni juga,rutin saya lebih kurang sama saja tiap-tiap hari…berikut merupakan sebahagian dari rutin saya sepanjang cuti ni:

1.jalan-jalan makan angin
-kitorang berempat jalan dekat2 je…ke Kilbirnie,Tawa dan Porirua…di Porirua,kitorang melawat Kak Dija sekeluarga…ikut kata Maria Tita…jalan banyak sangat sampai rasa macam takde kaki..haha
2.”conquer” telefon ACI
-kalau dulu,saya telefon rumah sekali seminggu saja…tapi sekarang dua tiga kali seminggu dah jadi macam biasa…sampai mak saya cakap…“Freenya dia”…kalau dulu saya “spend” 1o$ je sebulan untuk telefon rumah…sekarang dah jadi dua kali ganda…lepas ni,berapa kali ganda lagi nak?hoho…
3.menyelami jiwa seorang “baker”
-bakar segala jenis biskut dan kek yang terlintas di fikiran (takdela banyak sangat pun yang terlintas…haha)…sampai sorang akak ni berkata…“Daripada ko duk masak macam ni je,baik ko buka katering…boleh buat duit”..haha…tak tahan!
4.baca buku dengan penuh penghayatan
-yang ni macam bohong sketla…satu hari adalah berapa “page” je saya baca…saya dah penat dah tengok banyak sangat buku yang tak abis baca lagi..bila nak abis ni?ada sapa2 nak tolong abiskan?
5.berlatih jadi cikgu
-berlambak lagi esei Izzah yang saya nak kene “edit”…dahla SPM dah nak dekat ni…dengan ini,saya mula menyedari kepentingan memiliki “kemahiran menanda kertas pada tahap kelajuan yang tinggi”…rasa cam cikgu dah2 je sekarang ni…haha
6.melayari internet
-merayap ke blog orang,baca suratkhabar ‘Berita Harian’ bukannya ‘The Dominion Post’(hehe),menonton video dari Youtube dan juga sewaktu dengannya…ni semua jadi realiti kalau internet lajula…kalau internet macam siput sedut…taktau nak katala…

Ok cukupla setakat itu,saya dah nak “off” dah ni…banyak kerja lain lagi nak kene buat…sekian…

*Alhamdulillah…saya rasa saya dah boleh buang sket2 ketagihan saya terhadap Whittaker’s Almond Gold…sekarang saya mula percaya…makan pisang boleh membantu membuang ketagihan terhadap sesuatu makanan…tapi sekarang,saya mula memupuk satu kecintaan baru…iaitu terhadap “Air Ombak” berperisa coklat… jadinya,lepas ni..kene buat stok pisang 12katila jawabnya…

5 thoughts on “Cuti yang panjaaaaaaaaaang…

  1. ten weh…mu mmg dok agak2 dok…4 sekali mu komen ak…haha…ye dh tu…smemangnya ak pasrah…ak skrg hrp ke talitha n motel tu jela…nk mutoh dh wase…uwek!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s