~I.D.E.N.T.I.T.I…

Baru-baru ni,kitorang berempat(saya,Maria Tita,Maria Ella dan Maria Salsabila) menyertai satu sesi temuramah dengan seorang pelajar PHD dari “Religious Studies”…ni macam ala2 kajian sketla…beliau buat kajian pasal identiti remaja Muslim di New Zealand…dan beliau menggunakan kaedah “focus group” untuk mengumpul data dan maklumat untuk kajian beliau ni…secara personalnya,saya pun rasa selesa dengan kaedah ini dan pengalaman saya haritu membuatkan saya percaya yang “focus group” ni merupakan satu kaedah yang bagus dalam menjalankan kajian atau secara spesifiknya dalam mengumpul data…

Sebab saya berasa sedemikian(kalau korang sokong boleh angkat tangan..haha):

1.responden boleh menggunakan bahasa sebagai medium yang berkesan dalam menyampaikan atau meluahkan pendapat mereka
2.responden berasa lebih yakin untuk berkongsi pendapat mereka disebabkan oleh “interconnection” antara responden (lebih kurang macam…he’eh aku rase samala macam kau rase…haha…)
3.responden menjadi lebih reflektif(imbas balik apa yang dah berlaku dan apa yang boleh dibuat untuk kebaikan masa hadapan)
4.menggalakkan perbincangan yang mendalam pasal satu topik berbanding kaedah yang lain seperti “questionnaire“(haha…padahal saya pun guna “questionnaire” jugak dulu masa buat kajian NL kat IPBA)

Banyak soalan jugak yang ditanya haritu…dan saya rasa kitorang dah cuba yang terbaik untuk menolong beliau…insyaAllah..diharap beliau berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan pada haritu…dan benda ni juga membuatkan saya mengimbas balik pengalaman saya sebagai seorang Muslim di sini…ada yang baik…dan ada juga yang buruk…

Yang baiknya,saya rasa sangat bersyukur sebab saya boleh mengamalkan ajaran agama saya dengan selesa di sini disebabkan oleh kemudahan-kemudahan yang ada…ada masjid(meskipun agak jauh dari rumah),bilik sembahyang disediakan di kampus,VicMuslim,senang nak dapat makanan halal,dan jadual kelas yang tak bertindan dengan waktu sembahyang…dan orang-orang kat sini pun kebanyakkannya baik2…komuniti Islam kat sini pun “warm and friendly”…

Dan juga,pengalaman saya tidak disukai oleh tutor sendiri pernah membuatkan saya rasa tak bersemangat nak ke kelas..dulu,hari Khamis merupakan hari yang amat “menggerunkan” buat saya…banyak benda sangat yang berlaku..walaubagaimanapun,beliau merupakan “cikgu” saya juga…sememangnya saya tak dapat nafikan yang beliau dah banyak berjasa kepada saya…dan moga Allah SWT memberikan hidayah kepada beliau…Ameen…

Hal seperti ini mungkin berlaku disebabkan oleh banyak pengaruh luar di sekeliling kita…sebagai contoh…media,cara didikan,pergaulan dan sebagainya…dan semua ni secara tak sengaja mempengaruhi cara kita berfikir dan cara hidup kita…ini menguatkan lagi hujah “Ecological theory” pak cik Brofenbrenner yang kitorang belajar masa trimester lepas…beliau berpendapat “external factors” memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang…lebih kurang camtula…

Kat sinila baru nampak kepentingan berfikiran positif dan tidak bersikap “ethnocentrism” (bermaksud korang rasa masyarakat korang je yang bagus)….bahaya betul kalau ada sikap sebegini…Nauzubillah…ini juga merupakan peringatan buat diri saya sendiri..moga kita semua terhindar dari semua ni…jangan asyik fikir kita sorang je yang betul…yang orang lain buat semua nampak tak kena di pandangan mata kita…dan semoga Allah swt merahmati kita semua…Ameen…

2 responses

  1. tu la mariam. aku harap kite adek beradek sdiket sebanyak dah membantu die aritu.

  2. ye ah ten…ak pn harap gitu gk…ak cam “emo” pn ade hrtu…HAHA..:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: