Dia merasakan saya ini “C.O.O.L”…

Dua tiga hari ni saya banyak berjalan2…dengan tujuan ingin mengenali New Zealand dengan lebih dekat lagi(cewah,ayat tak kalah!)…Dan semalam kitorang berempat naik tren ke Porirua…baru sampai Porirua setelah dah berapa bulan duk kat sini…orang lain mungkin dah sampai untuk kali ke berapa dah…haha..

Ramai jugak “Pacific Islanders” yang saya jumpa semalam…setelah beberapa bulan kat sini,saya macam dah boleh cam rupa mereka…terutamanya “Samoan”…ini merupakan satu pencapaian buat saya..hoho…tapi jangan ditanya bagaimana rupa mereka sebab saya memang tak mampu nak bagitau..

Semalam juga,saya telah ditegur secara tiba2 oleh seorang gadis…masa tu,saya sedang menilik barang2 yang ada kat kedai…saya agak umur dia mungkin lebih kurang saya jugak kot…cuma bezanya,dia jauh lebih tinggi dan “bergaya” dari saya(bab bergaya pun nak masuk jugak…haha)…berikut merupakan dialog ringkas kitorang…

Si gadis:Hei,datang tengok barang ke?

Saya:Haah…
(sambil tersenyum…saya ni jenis takut sket dengan orang yang tiba2 saja datang tegur…dahla tak kenal…pastu pulak,pengalaman dan cerita2 orang yang saya dengar dari mak saya memang cukup untuk membuatkan saya berhati-hati dengan orang yang tak dikenali)

Si gadis:Cantik ah tudung kepala awak…memang “cool” la awak ni!

Saya:Owh iye?Terima kaseh…(hem,saya tak tau pulak saya ni “cool”..hehe)..

Si gadis:Kat mane awak beli ni?

Saya:Saya bawak dari negara saya…

Si gadis:Awak asal mana?Banyak ye tudung kepala macam ni kat negara awak?

Saya:Saya dari Malaysia…haah..kat Malaysia,senang nak cari tudung kepala macam ni…kat mana2 pun ada…

Si gadis:Wah,”cool”la awak ni!Saya memang kagumla!Tudung kepala awak jauh lagi cantik dari skaf saya ni…(sambil mengibas2 skaf yang terlilit kat leher dia)

Saya:Owh…
(dah tak tau nak balas apa…)

Jadi,kesimpulan yang dapat dirumus…dia merasakan bahawa…

Tudung kepala saya=C.O.O.L

Itu pandangan dia…lain orang lain persepsi…tak gitu?

*Semalam ada demonstrasi “Anti Racism” kat bandar Wellington…

2 responses

  1. i cant believe i have a cool rumet. hahah!!! mu patut letok gambo tuung mu tu na. baru coool😛

  2. laa…bakpe dok caya lok?haha..tudung mu lg hebat…arabia..:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: