Menghidap penyakit “ketidakambiltahuan”…

Ye saya tau..saya ni kadang-kadang tidak berapa nak ambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya…nampaknya,saya kena lebih peka sikit lepas ni (cabaran besar betul)

1.INSIDEN PERTAMA
Masa kelas ALIN semalam, awal-awal lagi “lecturer” saya bertanya…

“Bagaimanakah taraf ekonomi di Malaysia sekarang?”

Saya rasa hairan jugakla tiba-tiba soalan sebegitu ditanya…saya berada di kelas ekonomi ke?hoho…Dan semestinya soalan ni ditujukan kepada pelajar Malaysia (takkan orang lain pulak kan)…kitorang pun saling berpandangan antara satu sama lain…Nak jawab apa ni?Agak memalukan jugala…

2.INSIDEN KEDUA

Berlaku pada hari yang sama…kitorang adik-beradik merancang nak pergi WJ Scott library (mencari bahan-bahan tika “last minute” sebegini).Lalu kitorang pun menggagahkan diri mengharungi angin kuat Welly+Hujan+Kesejukan saat menunggu bas di Ghuznee Street…dah dekat setengah jam dah tapi takda satu bas pun lalu kat situ…kitorang pun naik hairanla…dicampur pula pemandu-pemandu teksi duk rancak sekali menyuluhkan lampu kereta ke arah kitorang…apa yang sedang berlaku ni?Lepas tu,ada seorang pemandu teksi yang baik hati tegur kitorang…

“Gadis-gadis sekalian…bas takde hari ni…harap maklum…”…berlalu sambil tidak memberitahu sebabnya..

Owh rupanya!Lalu kitorang pun mengambil keputusan nak telefon teksi…bila dah dapat teksi,kitorang tanyala kat drebar teksi tu kenapa takde bas hari ni…Berikut merupakan jawapan beliau…

“Tak baca surat khabar ke?Kan dah tulis kat situ…semua drebar bas kat sini ada mesyuarat hari ni… “

Iye…sesungguhnya..saya sangatla “membaca” surat khabar…Lepastu, kawan saya yang sorang ni sambungla…

“Patutla bas yang “not in service” tadi tu laju semacam je…dah terlambat “meeting” rupanya…”…haha..yela tu!

3.INSIDEN KETIGA

Memilih subjek untuk tahun depan…kitorang kena lapor kat ketua kohort sebab beliau yang “in charge” semua ni…berikut merupakan butiran perbualan saya dengan beliau…(please note:ini adalah siri ringkasannya sahaja)

Saya:Saya ingat nak ambil Subjek 1,Subjek 2,dan Subjek 3(bukan nama sebenar) untuk tahun depan…Terima kaseh

Beliau:Dah “check” ke belum bila “course” ni semua ditawarkan?

Saya:Rasanya takde masalah kot(dengan penuh yakin tanpa memeriksa terlebih dahulu)

Beliau:So which for 1st and which for 2nd trimester?

Saya:Owh kena bagitau sekarang ke?Kalau macamtu,saya pilih Subjek 1 dan 2 untuk trimester 1 dan Subjek 3 untuk Trimester 2…(yakin lagi sekali)…ok tak?

Beliau:Ok kot…jap2…subjek 3 ni tak ditawarkan untuk 2nd trimester rasenya

Saya:Huh?peningnya…

Ni semua kesan dari sikap tak ambil tahula ni…haishh

*Makin banyak kerja…makin ligat “update” blog…oh tidak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: