Raya di Windy Welly…

Hari ni dah dekat seminggu dah kitorang beraya di Welly…dan tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya di perantauan…tak sangka langsung raya di sini tersangatla meriah…hari-hari pun ada rumah terbuka…kat Malaysia pun saya tak beraya macamni sekali…

Lepas sembahyang raya di Kilbirnie, destinasi pertama kitorang adalah rumah Sis Aneesa…kitorang dapat maklumat ni pun sebab kawan kitorang yang bagitau…terima kaseh ye sebab bagitau…mulanya,kitorang rasa segan nak pergi beraya kat situ…tapi oleh kerana layanan mesra tuan rumah,kitorang takdelah rasa kekok sangat…terima kaseh sangat2…makanan pun agak berlainan dengan yang ada kat Malaysia…lepas tu,beraya di rumah tauke “Halal Butcher”…tak agak2 kan kitorang ni…yang ni memang saya tak sangka langsung…tak pernah sangka yang saya akan beraya di situ meskipun saya pelanggan tetap kedai dia (padahal orang lain pun pelanggan tetap juge…hoho)….baru dapat merasa makan nasi…nasi pilau kalau tak silap…memang best!dan destinasi terakhir kitorang haritu adalah rumah Puan Siti…masa nila,baru merasa makanan Malaysia…terima kaseh banyak2 ye Puan Siti…terubat juga rindu…

Kitorang di ACI pun ada buat rumah terbuka juga tapi secara kecil-kecilan jela…terima kaseh kepada semua yang datang…di kesempatan ini juga,saya dan tuan rumah yang lain nak mintak maaf banyak2 kepada mereka yang meluahkan rasa kekecewaan mereka sebab merasakan diri mereka tak dijemput…bukan tak jemput korang…kitorang mintak maaf sangat2…semuanya dialu-alukan sebenarnya…mintak maaf banyak2 ye sebab terlepas pandang semua ni…mintak maaf sangat2…

Hari berikutnya kitorang beraya di Stafford (betul ke tak ejaannya ni),Everton,The Terrace,dan semalam beraya di High Com…petang ni pulak kat Parlimen..esok lusa pulak di beberapa tempat lain…ramai yang menjemput…nak kena “recall” balik ni…tarikh pun dah tak ingat dah…memang beraya sebulan ke kat Welly ni?haishh…”assignment” pun tak siap lagi…beraya je yang sakan…

Tapi bukan semua ni yang menjadi persoalannya sekarang (biarpun saya dah bercerita panjang lebar..hoho)…dalam asyik beraya ni…mungkin kita terlepas pandang beberapa perkara…sepatutnya,kita kenala beringat erti sebenar Hari Raya setelah sebulan berpuasa (I know I sound a bit philosophical here)

Sepatutnya,kita jagala pape yang patut…mungkin sesetengah dari kita ni kadang2 terlebih “excited” kot…tapi perlu jugala beringat…ini juga merupakan peringatan buat diri saya sendiri…sesungguhnya,saya juga seorang insan yang tak terlepas dari melakukan kesalahan…

Berjaga-jagalah pada mata2 yang memandang sebab kadang2 perlakuan kita boleh mendatangkan rasa “ketidaksenangan” di mata orang lain…kalau takde orang hirau atau perhatikan kita sekalipun…pandai2la jaga maruah diri…sebab Allah SWT Maha Mengetahui…saya pun tak nak ulas panjang lebar kat sini…sebab semuanya dah besar panjang…boleh fikir mana baik mana buruk…Moga Allah swt merahmati kita semua..Ameen…

3 thoughts on “Raya di Windy Welly…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s