Tag yang berantai tetapi tidak dijual di kedai…

Kali ni, Annyss Sophillea Al-Jauhari(semestinya bukan nama sebenar) ataupun si gadis B6 pulak meng“tag” saya…masa bulan puasa haritu lagi sebenarnya…tapi baru sekarang berpeluang jawab tag ni…mintak maaf ye kamu sebab lambat jawab…kat bawah ni adalah “rules” die…

* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
(yang ni semestinyala saya malas nak buat)
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

Fakta tentang diri?bahaya ni…saya bagi sket2 jela (apakah definisi ‘sikit’ di sini?)…hoho..

1.Pencatat resipi kuih raya yang setia
Sejak kecik lagi,saya merasakan diri saya seperti “golongan mak2” je…haha…mase sekolah rendah dulu2…saya bese tengok rancangan masak-masak kat TV…tapi mase bulan ramadhan jela…sebab saya suka tengok rancangan biskut raya…yang lauk-pauk tak berapa sangat…contoh rancangan…riang ria bersama cornflake ke…yg penaja dia tu tepung bluekey tu ke…lebih kurang macamtula…pastu saya akan salin semua resipi biskut-biskut tu dalam beberapa salinan…dan saya dengan “rajinnya” akan mengedar resipi-resipi tu kat rumah2 jiran…letak dalam peti pos lagitu…sampai sekarang pun saya tak pasti samada diorang tau ke tak tu semua kerja saya…hehe…

2.Semangat yang sukar untuk ditafsirkan
Saya ada satu penyakit yang agak pelik iaitu…bersemangat nak belajar apabila rasa kecewa,ditindas atau sewaktu dengannya…kalau saya rasa teraniaya…dengan secara tiba2 saya akan rasa bersemangat abis nak belajar…tapi korang janganla pulak tiba2 nak cari pasal dengan saya dan sakitkan hati saya tak semena-mena pulak lepas ni..hoho…sebab tu ke sekarang saya belajar acuh tak acuh je?sebab duduk dalam “comfort zone” sangat ke?sebab bahagia bangat bersama adik-beradik di sini ke?haishh…

3.Semangat “kekakakkan” yang tinggi
Selaku anak sulung dalam keluarga…saya mempunyai tanggungjawab yang amat besar sekali…cewah!ayat tak kalah…saya akan sedaya upaya memastikan adik-adik saya berada dalam kondisi yang baik(hehe)…dulu,adik saya pernah kena buli dengan kawan dia mase dia darjah 1 dulu…saya apa lagi…dengan segera,telefon budak tu…bagi amaran siap-siap jangan kacau adik saya…tak cukup dengan tu…saya siap pergi kelas adik saya lagi siap bagi “warning” kat budak tu…menggigil dia masa tu…haha…ada gaya taiko rupanye saya ni walaupun masa tu baru je darjah 2…

4.Pernah nak lari dari rumah
Sebelum masuk darjah 1 dulu,saya pernah nak lari dari rumah…kesnya merajuk dengan mi…tak ingatla sebab apa merajuk…masa tu,saya dengan penuh tekad ambik baju kotor saya kat dalam bakul…pastu “pack” dalam beg plastik…pastu lagi,saya pakai baju kurung siap2 dan cakap kat mi…”Mi,kak ena nak lari dari rumah ni”…dengan harapan mi menghalang saya…mi pun terus peluk saya dan gelak sakanla…haha…mana dapat idea ni ntah!

5.Fobia dengan kedai cenderamata
Saya memang suka bertandang ke kedai cenderamata…suka2 je tengok walaupun kadang-kadang tak beli pun…dan kat kedai macamni,bese tulis “once broken,considered sold”…saya pernahla fikir dulu…ada ke orang yang pernah pecahkan barang kat kedai macamni?kalau dia takde duit nak bayar,apa yang perlu dia lakukan?nak jadikan cerita…saya pernah secara tak sengaja memecahkan barang kat satu kedai ni masa keluar “outing” zaman MRSM dulu…masa tu saya ada RM4 saja…tu pun saya simpan RM2 untuk tambang “prebet sapu”…barang yang saya pecahkan tu pulak berharga RM17.90…sesungguhnya takkan ku lupa angka ini…panik abis saya masa tu…nasib baik kawan saya ada duit lebih masa tu…kalau tak…terpaksa kerja sehari suntuk tanpa gajila saya kat situ…

6.kurang kemahiran bergaya
Saya rasa saya ni seorang yang “simple” je (perasan tak kena bayar…haha)…kadang-kadang,sikap saya ni menimbulkan keresahan mi,adik-adik dan juga kawan-kawan saya…diorang berkata…”Bergayala sket”…Nak bergaya macammane ni?owh,mungkin sebab saya kurang gemar barang kemas(diorang kata kaum hawa ni nampak anggun je pakai barang kemas),tak pakai mekap langsung,tak pandai pakai “high heel”,takde tas tangan yang bergaya(haha),dan saya hanya mempunyai satu je kasut yang ala-ala perempuan yang saya kira saya hanya akan tukar bila kasut tu dah lebu kot…haha

7.Darah pendidik
Saya memang nak jadi cikgu sejak saya kecik lagi…kalu orang tanya nak jadi apa…saya takdenya nak jawab…nak jadi doktor ke,akautan ke,peguam ke…hahha…jawapan saya…nak jadi cikgu!pastu ada orang cakap kat saya…membazirnya belajar 5tahun kat MRSM tapi jadi cikgu je…cikgu BI lak tu…lainla cikgu Sains ataupun Maths ke…APAKAH?ikut suka korangla nak kata apa…asal saya bahgia…haha…tak kisahla kalu korang nak kata jadi cikgu ni “komang” ke ape ke…yang penting matlamat saya tercapai…saya amat2la berharap saya dapat jadi seorang cikgu yang baik…mampukah saya?tambahan sekarang, cabaran dunia semakin besar…huh!

Sekian jela dari saya…doakan saya di sini ye…terima kaseh…

*I wish I could help her…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s