Saya seorang tukang cuci, bukannya buruh cucian……

Esok, Jasmin (dapat name cantik sebab baik ati) panggil keje lagi…sesungguhnya diriku ini teringin sekali untuk mencurahkan bakti sedaya yang mungkin…tetapi mampukah saya?

1.Xsignment 228 yang nak kene anta hari isnin ni=0 words
2.Xsignment 236 yang nak kene anta keesokan harinye=0 words
3.Test Alin 202 yang baru diketahui kewujudannya=0% pembacaan

Kalau dicampur,ditolak,dibahagi dan didarab….nilai yang diperolehi pun tak mampu untuk membeli “roti chenai” yang pernah dijual di QUAD dahulu…hehehe…maka,apa yang perlu saya buat?kalu saya cakap saya nak gi jugak walaupun saya tak siap keje lagi, saya rasa saya telah menghidapi satu sindrom berbahaya iaitu “KETIDAKSEDARAN DIRI YANG TAK DAPAT DIBENDUNG LAGI”…(oleh itu, sile jauhkan diri daripada saya)

Dahla keje “cleaning” ni penat abis…nasib baik gak cuci bangunan kampus je…bersemangat sketla kan…minggu lepas,saya dan kawan2 pergi bersih bangunan hunter dan murphy….sesungguhnya,penat sekali!baru sekarang saya tahu bahawa menjadi seorang “tukang cuci” tidak semudah seperti gotong royong ‘kampung durian tinggi’ atau gotong-royong ‘sekolah kebangsaan padang midin’…saya amek upah lukis mural 14 tapang dinding(betulkah penjodoh bilangan ini) kat taska dulu pun tak sepenat ni…enggak bo’ong deh!

Dahla Nek Gayah(bukan name sebenar juge ye) yang jadi “supervisor” kitorang mase hari pertama kitorang bekerja…tahap “kecerewetan” Nek Gayah ni memang sukar untuk ditafsirkan…pada sela masa tertentu,Nek Gayah boleh menjadi seorang “pemberi testimoni” yang bertauliah sekali….mase ni,korang akan rasa bahagia yang amat meskipun korang sengsara akibat tali perut yang berpusing2….pada masa yang lain pula,Nek Gayah ni boleh bertukar menjadi “Cleaning monster” dengan sekelip mate je….mase ni pulak,perasaan gembira tak terkata sebab to’ki kat kampung nak kahwin terpaksa dilupakan untuk seketika(semoga to’ki berbahagia selalu)

Hari tu,saya dan Arifah mencurahkan tenaga yang maksimum untuk mencuci anak2 tangga yang tak terkira banyaknye kat bangunan hunter tu….pastu,kitorang bengang gile bile bos besar datang dan cakap…”Eh,korang takyah cuci yang ni….tak penting pun”…abis tu,Nek Gayah yang suruh buat….sile tolak gaji Nek Gayah please….kepada Nek Gayah….kalu baki dalam akaun tak cukup,faham-faham jela ye…hehehe…

Sejak jadi tukang cuci ni,saya telah mengalami bermacam2 perasaan:

1.rase cam nak lempang orang tu laju-laju apabile diorang buang “chewing gum” ke bluetag entah kat atas anak tangga…
2.rase cam nak ‘pekong’ batu berjuta2 kali kepada sesape je yang gunting2 kertas pastu buat bodoh je dengan sisa yang bertaburan atas lantai
3.makin peka dan sensitif terhadap sarang labah2 di sekeliling(walaupun sebenarnye sarang labah2 tu sukar dikesan)
4.rase gembire yang amat bile orang rase selesa dengan tempat belajar diorang

Demikianla,kesan2 mencuci terhadap tukang cuci seperti saya…walaupun saya cakap kat mi dan abah yang jadi tukang cuci ni tak penat mane pun (abistu, takkan nak cakap penat kot)…mau taknye mi nangis tak henti-henti kalu tengok anak mi ni jadi “buruh” cuci….abah lebih2 lagila….hehe..tau mi ngan abah sayang kak ena ni!sayang korang juge!!!!!

*Yup,saya setuju dengan kate-kate Hermione dalam cite Harry Potter…”And not as a last resort!“…

2 responses

  1. nek gayoh tu klo tgk, sian jugop kali kale. tp lame2 rase bengam jugop. muahaha!!

  2. hahahha…mesra sungguh ak tengok mu ngan ye haritu…cewah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: