Kerana nama…

Semalam,saya rasa sangat2 buntu sekali…ceritanya begini…tatkala diriku ini sedang kepenatan…baru je balik dari kelas yang tak berapa nak faham…tetiba je…datang satu berita…saya dikejutkan dengan berita yang gempar bangak…saya diberi satu tugasan atau seperti yang orang putih selalu panggil…”assignment”…dahtu pulak,kena tulis esei yang bersifat akademik dan panjangnya mestilah tidak kurang daripada 700 patah perkataan…and to my surprise…i have to submit it today!waduh,peningnya!dahla lame tak menulis…parah betul!

Saya pun terfikir jugak…kenapa takde orang bagitau pun…kisahnya bermula begini…saya asalnya duduk kelas Derek…lepas tu,tak tau macammane entah,disebabkan kelas Derek tu terlalu padat,maka saya yang amat bertuah ini berserta teman seperjuangan saya,Sarah,terpaksalah berpindah ke kelas lain iaitu kelas Sandi…mulanya tak puas hati gak…malas sebenarnya nak tukar2 ni..tiba2 je kena tukar…pelik je…lepas tu,saya buat2la ringan mulut pergi tanya budak2 kelas Sandi…manala tau Sandi ni ada bagi pape amanat ke apa ke…tapi diorang tak cakap pape pun…jadi,saya yang penuh keyakinan ini telah menikmati hujung minggu saya dengan bersungguh-sungguh sekali…siap jalan2 kat Oriental Bay(pantai buatan kat sini)…bagi makan2 kat burung…lalala…bermandikan ombak…bersejukkan angin…makan makaroni bakar…lalalala…punyalah syok…

Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya jugak menyiapkan tugasan saya tu tapi almaklumla hasilnya pun cincai-buncaila sket…kalau tak buat takut Sandi kata apa pulak….lalu bermulalah kisah saya di kelas Sandi…masa kitorang mula2 start kelas tadi,Sandi ni pun introducela kitorang ni kepada kelas…lepas tu dia siap tanye…”korang ni pasti ke korang ingin dipanggil dengan nama Diana dan Sarah?”…saya yang ala2 terkejut dan keliru ni pun terus berkata…”yela,tu memang nama kitorang…”…dia terus bertanya…”korang ni pasti ke?atau ni nama rekaan korang?nampak macam nama keturunan diraja je…”…hahahaha…saya gelak dalam hati sorang2…ingat main2 ke?bersungguh2 saya dan Sarah menjelaskan situasi sebenar…itu bukan nama rekaan…tidak berkaitan sama sekali dengan kerabat diraja mana2 pun kat dunia ni…nama tu mak dan ayah kitorang bagi…

Tapi,dia macam tak puas hati gak..saya pun pening dah…apalah masalah dia tu…bukan bo’ong dong!betul2 ni!dia cam rasa kitorang ni ngade2 je nak name English gak…dia siap tengok balik name list kitorang…siap condemn Sarah lagi…”Eh,ni nama awak Wan kan?kenapa suruh panggil Sarah gak?”…Sarah yang sudah kepenatan itu tetap menggagahkan diri untuk menjawab…nama penuh saya Wan Sarah Haiina…nama ayah saya…Wan Jusoh…ni susah nak explain ni bila kaitkan dengan given name,surname…tapi dia cam tak berapa puas hati gak…ikut suka atila…den dah capek nak terang!

Tak sangka gak abis secepat tu je kelas penulisan kitorang tadi…best jugakla…rasanya Sandi ni memang tutor yang berpengalaman…tengok pada rupa pun…macam dah 80-an kot…tapi masih aktif dan energetik!siap loncat2 lagi!jangan salah faham pulak….bukan kelas gymnastic ni…tapi kelas penulisan!…hahaha…kisah nama tu bukan setakat tu saja…waktu rehat tadi,ada sorang classmate saya ni…dia orang Thai…dia tak puas ati macam Sandi gak…duk tanya pasal nama kitorang…aduh,penatnya….sesungguhnya,aku insan bernama DIANA…titik!malas dah nak layan…

2 thoughts on “Kerana nama…

  1. tak pe diana…sandy jeles cos name dia tak ade kaitan nge kerabat diraje..kekeke….kalulah dia tu proaktif, dia patutny chek la name tu kat student list…isk2..tak patut la kan pasai name pun nak prejudis..isk2..tp yg penting hormat la dia sebagai guru kita…coz..cikgu ibarat lilin yg membakar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s