Siakap senohong gelama ikan duri…

Hari ni first time kitorang masuk kelas tutorial Madam

Suguna.Jadinya,kitorang “introduce”lah diri masing2 biarpun dengan cara yang

ala kadar je…Madam Suguna ajar subjek “Learning and the learner”..subjek ni

kebanyakkannya berkisar tentang macammana seorang cikgu tu nak handle

budak2…ala2 belajar psikologi kelaslah ni..banyak jugak ah istilah2 yang nak

kena hafal…terlopong jugak ah saya bila madam sebut istilah2 yang amat asing

sekali bagi saya(yelah,masa kuliah,saya tido…hehe)..subjek ni memerlukan daya

tumpuan yang tinggi sekali…pendek kata,tak boleh main2lah…

Tadi,madam ada sebut pasal “time-out”…mesti kalian sume tertanya2

apakah itu ‘time-out’…Huhu…oklah,sekarang ni saya bertujuan murni untuk

merevise balik apa yang saya dah belajar tadi in contextual learning(nak kaitkan

ngan kehidupan seharian)…’time-out’ merupakan satu bentuk hukuman kepada

pelajar dan ‘time-out’ ni terbahagi kepada 2…yang pertama(nonseclusionary)

dan yang keduanya(seclusionary)…‘nonseclusionary’ ni terjadi bila seorang cikgu

asingkan student dia dari aktiviti kelas tapi student tu remain dalam

kelas…seclusionary pulak maksudnya cikgu asingkan seorang student tu dari

aktiviti kelas dan student tu jugak terpaksa duduk kat luar kelas…Madam

Suguna kata dia kurang setuju dengan kaedah ni sebabnya student yang kena

denda tu akan ketinggalan dalam subjek yang diajar…mana taknya…orang

belajar dia duduk kat luar kelas…ada rasionalnya jugak Madam Suguna kata

cam tu…

Persoalannya sekarang…pernah tak korang kena “time-out” masa

zaman2 sekolah dulu?..ehem2…saya berpengalaman dalam hal ni…rasa lucu

jugak ah…tak sangka ek apa yang saya belajar sekarang banyak membantu saya

mereflect balik kenangan zaman2 sekolah dulu…masa tu,saya darjah lima…saya

ni boleh dikatakan nakal gak ah…banyak benda dah saya explore masa kecik2

dulu dan saya tak sangkalah pulak betapa ‘mengarutnya’ saya

dulu…HAHAHA…ok,berbalik semula kepada cerita kita tadi…saya ada

homework BI masa tu dan saya tak buat langsung(last2 buat TESL…contradict

betul!haha..)…kesnya,buku latihan saya dah habis…mulanya, saya ingatkan nak

beli buku baru tapi bila dah sampai kat rumah,banyak kerja lainlah pulak yang

saya buat…balik je,makan nasi,relax2 jap…pastu,tepat pukul 3,kawan saya yang

setia(x-penolong kelas saya masa darjah 4) muncul depan rumah cam bese dan

menekan loceng pagar rumah berkali2….kawan saya ni lucu jugak ah…banyak

pengaruh buruk saya bagi kat dia…dia jadi pandai main pasir sejak kawan ngan

saya…korang tak caya ke?darjah 5 pun main pasir lagi tu…dan kawan saya cam

biasa mengingatkan saya ‘Diana,awak jangan kabo ke sape2 yang saya ni main

pasir…malu ah saya…jatuh ah standard saya sebagai penolong ketua

kelas!‘Fuyoo!Berfalsafah betul kawan saya yang sorang ni!HAHAHA!Darjah 5

pun dah tau apa tu standard!Dahsyat2…


Bila malam je,saya pun mulalah penat…jadinya,saya lupalah kerja

sekolah saya tu…hahaha…memang cari nahas…esoknya,saya datang kelas cam

bese…teacher saya tu pun suruhlah letak buku masing2 kat atas meja…kecut

perut saya masa tu!berkerut2 dahi saya memikirkan idea bernas untuk tipu

cikgu….teruk betul!last2,cikgu tanya“Mana homework yang saya bagi kat awak

semalam?”…‘la,cikgu!saya tertinggal kat rumahlah!’…tapi macam biasalah,cikgu

memang lagi pandai dari anak muridnya…maka,saya dan beberapa orang lagi

kawan saya terpilih sebagai orang yang bertuah untuk berdiri kat luar

kelas…hehe…malu jugak ah rasanya…walaubagaimanapun,kitorang sempat lagi

berbual2 antara satu sama lain kat luar kelas…sekurang2nya,taklah bosan

sangat…lepas tu,ada something yang terjadi…

Ada sorang budak darjah 1(classmate adik saya) ternampak ah saya

berdiri kat luar kelas(dengan tangan kena letak atas kepala)…lalu,dia pun

bergegas mencari adik saya untuk memaklumkan event yang bersejarah

tu…HAHAHA!Adik saya,Izzah,pun datang ah menjenguk kakak dia yang kena

denda…Izzah yang innocent masa tu hairan tengok kakak dia berdiri kat luar

kelas…saya macam biasa tipu sekali lagi(jangan amalkan ni dalam kehidupan

seharian…tak bagus untuk kesihatan mental)‘oh,bukan pape pun!kak ena

tengah jaga kawan2 kak ena yang kena denda ni…kak ena kan

pengawas'(berbisik dengan nada yang slow sekali)...Izzah pun apa

lagi,percayalah kat kakak dia yang kuat kelentong ni…nasib baik dia

percaya…tapi,cerita ni tak semudah yang disangka…

Sampai je kat rumah,Izzah pun dengan bangganya menceritakan

ke’profesional’an kakaknya menjaga orang2 yang kena denda kat

mi..KANTOI!lalu,mi yang hairan dengan cerita tu pun bertanya…”Bakpe diana

kena jaga orang kena denda?pelik je macam”…masa tu,saya rasa cam letih dah

nak bohong…jadi,saya bagitaulah perkara yang sebenar…mi tak marah…cuma

mi pesan kat saya tak baik berbohong…mi pun mengeluarkan pantun klasik dua

rangkap yang kebanyakkan daripada kita memang familiar dengan pantun

ni…‘Siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama2

mencuri’…tertelan air liur saya bila dengar pantun tu…saya pun bisik slow2 je

dalam hati saya…‘aku tak nak jadi pencuri…aku nak jadi cikgu..’

2 thoughts on “Siakap senohong gelama ikan duri…

  1. ena! muahahaha! citer ni ar hop kak ya paling igt skali…hahaha! memang terer ar bab klentongĀ²..mujo ena nk jadi teacher op? hahaha!

  2. hahha, ena si penglipur lare,
    nanti aku nak jadikan mu sbg role model kepade anak murid aku,
    mesti diorg motivated gile kan.
    alalalal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s