Gadis yang bersemangat!v( ^-^ )v

Baru 3 minggu masuk semester baru,Cohort 4 dah dapat “bertimbun2” kerja untuk disiapkan dalam tempoh yang boleh dikatakan singkat…penat!memang penat!bermacam2 perkara yang bermain di fikiran saya…ku dapat rasakan tekanan mula mencengkam sumsum tulangku(hehehehe)…kesibukan yang sedang kualami sekarang enggak mungkin bisa digambarkan dengan kata2…situasi saya sekarang ade mirip2 situasi yang dialami Harry Potter pada tahun ke-5nya di Hogwarts School of Wizardry and Witchcraft(betul ke tak ejaannya ni?)

Harry Potter pun sibuk dengan bermacam2 kerja semasa semester baru bermula…sehinggakan Harry nh pernah merancang untuk membeli sejenis gula-gula(kalau tak silap) dengan abang kembar Ron tu sebabnya nak ponteng kelas…gula2 tu punyalah mujarab dan boleh dijadikan penyebab yang bernas untuk ponteng kelas…mana tidaknya…sekali anda semua makan gula2 tu,hidung anda akan mengalami pendarahan yang banyak sekali…maka lecturer anda akan berasa belas kasihan kat anda…lalu,anda bolehlah skip kelas….huhu…walaubagaimanapun,saya masih lagi waras dan takdelah sampai nak ponteng kelas…kalau tak datang kelas,makanya ketinggalanlah saya jawabnya…

Tiba2 je saya teringat masa foundation dulu2…zaman foundation dulu tak delah tough macam sekarang…saya selalu je berkunjung ke satu tempat yang ‘MENARIK’ bila sampai je masa free….memang saya tak tipu…betul2 “MENARIK”!mana lagi kalau bukan sickbay…HAHAHA!punyalah buruk perangai saya…saya sempat lagi tidur untuk beberapa minit kat sickbay yang beraircond tu…saya bukan sakit pape pun….saje2 je pergi tidur…lagipun jarang je ada orang masuk kat sickbay tu…sickbay tu pulak duk dalam ofis HEP…masa nak gi sickbay tu,saya buat2 ah macam tak bermaya sket…(tak boleh dijadikan tauladan)maka akak kat ofis tu pun kesianlah kat saya…hehehehe…

Hurm,tu mase muda2 dulu…sekarang mana boleh buat macam tu dah…tapi saya tak pernahlah ponteng kelas…sedar diri lagilah…mi abah hantar IPBA suruh belajar…tak baik kalau kita mengkhianati amanah yang mak ayah kita beri kat kita…semoga saya sentiasa beringat dalam segala hal…banyak lagi ni kerja yang nak kena buat…semoga diri ini sentiasa diberi kekuatan untuk memberikan usaha yang terbaik dalam segala hal yang saya lakukan…saya juga berharap semoga saya terus bersemangat nak siapkan kerja ni semua…macam yang mi selalu kata “Think positive!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s