Mengecat pagar amalan murni…

Wah2,seronok betul cuti kali nih!(setiap kali cuti pun seronok sebenarnya…hahaha)Rileks abis saya kat rumah…kalau duk kat IPBA,bermacam2 sakit datang…sakit kepalalah,sakit usus perutlah,lenguh2 tangan la(hurm,penat taip xsignment kononnya)…dan bermacam2 jenis lagi penyakit ‘misteri’ yang sukar untuk dinyatakan di sini….hehehe…disebabkan terlalu rileks di rumah…saya cam dah tak tau nak buat apa dah…jadi saya baru2 nih…merancang sesuatu yang amat terperinci sekali…jengjengjeng…MENGECAT…kalau boleh,semua bahagian rumah saya nak cat…’eksyen’ je tu…baru mula sket pun dah penat sebenarnya…

Bersempena Hari Bapa yang akan datang,saya pun merancang dengan mi untuk mengecat pagar rumah kami yang sememangnya dah uzur dah…hadiah Hari Bapa yang spesyel buat abah…hehe…dan hasilnya…seperti yang anda sume boleh lihat kat gambar di atas sane…APE?..Anda sume tak caye…tak mengapalah…ni kisah yang memang2 ‘benar’…HAHAHA…semalam kitorang bertungkus-‘mulus‘ mengecat pagar tersebut…secara jujurnya,saya dan adik-adik tak suka sangat dengan kaler yang mi pilih tu…berkali2 kitorang sume menasihatkan mi agar melupakan kaler kesukaannya itu memandangkan kaler tersebut jarang2 benar diguna oleh orang lain…lalu saya pun berkate…‘Mi tak rase pagar rumah kita ni berunsur politik ke?”...mi dengan tegasnya menjawab…”Mane ade!tengoklah lepas siap nanti!mesti ”comey”nye!(perkataan yang sering digunakan oleh rakyat jelate negeri terengganu untuk merujuk kepada sesuatu yang cantik)

Sehari sebelum projek ‘mega’ kitorang tu,kitorang singgah ah kat sebuah kedai Cina untuk membeli segala persiapan mengecat tu…Tauke Cina tu beriya2 benar nak hantar pekerja2 dia untuk cat pagar rumah kitorang…kiranya nak amek upahlah ni…bersungguh2 dia menanyakan alamat rumah kitorang…dia cam tak cayer je yang kitorang nih nak cat sendiri…mi kemudiannya menolak secara berhemah tawaran tauke Cina tersebut…tuptuptup…pada hari bersejarah tersebut(hari di mana kitorang cat pagar rumah),sebuah lori melintas di depan rumah kitorang…lori tu kemudiannya berhenti betul2 kat depan rumah jiran saya yang sememangnya bertentangan dengan rumah saya…saya pun terlihat kelibat tauke Cina tersebut keluar dari lori tu…rupa2nya dia amek upah pasang ape ntah kat rumah jiran saya tu…tapi dia tak perasan kat kitorang masa tu…kalau dia perasan,jadi kisah pendeklah…tak payah tanya alamat pun dah tahu rumah kat mana…

Saya ngan mi start cat pagar tu lebih kurang kul 9 pagi…masa tu abah dah pergi kerja…ingatkan masa tu,tak ramai orang lalu lalang kat depan rumah..tapi sebaliknya yang berlaku…mungkin diorang cuti lagi kot…hehe…tiap2 kereta atau motosikal yang lalu kat depan rumah saya pasti ‘terpesona’ dengan kaler baru pagar tu…saya yang sememangnya tak berapa berkenan dengan kaler tersebut pun meluahkan apa yang terbuku di hati…”Mi tak rasa pelik ke kaler ni?”…mi cam biasa je menjawab…”Dok eh…”Kesian jugak tengok mi beriya2 benar nak warna tu…haha…tapi tak pelah…asalkan mi bahgia je…huhu…kitorang pun menyiapkan kerja mengecat semalam dengan bersungguh2 sekali…

Huh,hari Sabtu ni dah nak balik IPBA dah..penatnya…cuti sebulan pun rasa cam sekejap je…bila pulak cuti seterusnya ek?(^-^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: