BTN=hostel life???

Bulan lepas,cohort 4 dengan jayanya menjalani kursus birotatanegara atau lebih mesra dengan ‘nickname’nya BTN…HEHE…diharap kitorang sume luluslah kursus tersebut…ni merupakan kem BTN yang kedua pernah saya sertai…sebelum ni kat Kem Dato’ Maamor,Kelantan…banyak kenangan kat dua-dua kem ni…sepanjang stay kat sana,saya rasa cam duk kat hostel dulu2 je…tapi taklah sama 100%…kena punctuallah,makan sama2lah…blablabla…kepada sesape kat luar sana yang pernah duk kat hostel,korang sume mesti melalui perkara2 yang sama cam saya duk kat hostel dulu2…pengalaman tiap2 orang berbeza2…sama gak ngan saya…adakalanya best…adakalanya tak best langsung(ehem..ehem…secara jujurnya)

Saya boleh dikatakan sebagai penghuni hostel yang “bertauliah” gak ah…(hidung ala2 kembang sket…hehe)…dari form 1 lagi saya dah menghuni kat hostel(cam hantu le pulak…eee…seram!)… mulanya,ingatkan seronok sangat…hurm,lama2 tu,rasa cam nak baliklah pulak…rasa cam nak balik tu semakin “menebal dalam diriku ini(ceyh2..HAHAHAHAHA..)” bila mi ngan abah naik haji kat Mekah…tak tau nak ngadu kat sape ni…dah ah kecik dan muda masa tu…innocent lagi owh!disebabkan ke“innocent“an saya itu,maka saya telah menjadi MANGSA BULI yang bertauliah sekali!yahoo!”SERONAKNYA!”hanya yang pernah jadik mangsa buli je yang faham…huh!penat2!kalu cerita kat sini,tak habis2 sapa tahun depan ah jawabnye(amboi2,cik Kiah…banyak cite beno no!-dialog orng kat luar sane…)

Di sini,saya dengan murni dan penuh sopan menyenaraikan PERKARA2 YANG BUAT ASRAMA JADI TAK “SYOK”..
Duk kat hostel jadi tak syok bila…
1.orang lain merampas turn anda nak masuk toilet…sebab tu anda lewat ke sekolah n prep…huh!
2.potong line mase korang sume penat2 beratur nak makan…dah ah penat lari 400m tadi sebab nak beratur kat depan skali…tibe2 je jadi semakin ke belakanglah pulak line korang tu…nasib2…
3.pelembut pakaian@softlan korang yang baru dibeli abis sebotol memandangkan penghuni asrama mengamalkan prinsip…”BARANGMU BARANGKU JUA…BARANGKU AKU PUNYER LE…”
4.anda berkali2 membeli hanger dan pengepit baju yang baru…disebabkan kawan korang kat sebelah tu selalu je pinjam…bile korang tegur…dia dengan penuh hemah menjawab,”Alah,banyak songeh!bukan mahal pun!”…ehem2..abis tu,kenapa ko tak beli sendiri??
5.kawan2 korang bertandang kat bilik sapa korang tak boleh nak tido…kalau boleh,diorang memang nak duk kat situ sapa bila2 pun…penat2…
6.ramai sangat yang terlalu ‘peramah’ dan ‘suka bergurau’…contohnya,time korang penat2 baru balik dari kelas,korang terkejut besar bile ada orang sembunyi dalam loker korang yang sememangnya tak boleh dikunci…kawan korang tu siap boleh sengeh lagi tu…ni memang kisah benar seorang perempuan cantik…hehe..
7.bakul dobi korang yang sememangnya untuk 4 orang bertukar kepada 10 orang…banyak tangan2 asing menumpang baju kat bakul dobi korang yang sememangnya dah penuh dan sendat..
8.senior jeling2 kat korang tanpa korang ketahui apa salah korang…mungkin diorang sakit mata kot…kesian2…
9.baju yang korang jemur kat ampaian ditukar dengan baju lain yang telah ‘hangit’ digosok…hurm,ajaib2…

tu semua adalah sebahagian penyebab2 yang membuatkan penghuni asrama lari dari asrama masing2…nasib baik jugak ah saya sempat bertahan duk kat hostel dulu…walaumacammana sekalipun,ada juga yang manis pasal stay kat asrama ni…saya akui pengalaman2 inilah yang mengajar saya erti kehidupan yang sebenar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s