Tukang karut berjaya…

Hah!kenyang betul malam ni!(intro sama setiap kali blog baru…jangan marah ya tuan puan sekalian…makan adalah perkara murni dalam hidup..hehe)…sebenarnya kitorang satu apartmen buat jamuan makan tadi…makan spaghetti…ambik masa yang agak lama untuk siap sebab masak dalam kuantiti yang amat2 banyak sekali…tupun ada banyak lagi yang tinggal…wah2…nikmat2…

Jamuan ni bersempena kitorang yang baru je abis final semalam…four papers…Human Development,Linguistics,Philosophy of Malaysian Education, and Competency in Malay language…inilah yang perlu dilalui oleh kitorang semua…budak Cohort 4 Teslian IPBA…saya telah melalui hari2 yang agak mencabar sepanjang minggu peperiksaan ni memandangkan ia memerlukan tahap kepekaan dan kerajinan yang amat tinggi sekali…penat2…sebab saya ni bukannya yang jenis rajin…sungguh tak tipu…

Apa yang paling penting yang ingin saya kongsikan dengan tuan puan sekalian…ialah bagaimana untuk menjawab soalan exam dengan BAIK sekali…petua dan tips ini sangat berkesan…sila baca dari awal sampai akhir…tumpukan perhatian…relaks(ikut cam gaya dr Rajagopal…:P)ia amat mudah sekali…pertama…anda hendaklah menjadi tukang karut yang amat berjaya…kedua…anda mesti menjadi tukang karut yang amat bertauliah…dan yang terakhir..anda wajib menjadi tukang karut…who grasps sufficient philosophical ideas…ceyh ceyh!

Sepanjang minggu ini,saya dapati saya mempunyai bakat untuk menjadi seorang tukang karut seperti yang macam WAYANG KULIT tu…memandangkan soalan2 exam memanglah susah…maka saya terpaksa memerah otak dan menggembleng tenaga untuk mencurahkan idea2 yang bernas di atas kertas exam yang berkaler putih itu…memang penat…saya dah boleh bayangkan muka2 lecturer yang ketawa dengan mulut yang tertutup bila baca saya punya skrip jawapan…memang bernas…HAHA..

Soalan BM baru2 ni memang susah…tak sangka betul saya…lain yang dibaca lain pula yang ditanya…penat saya menghafal dan merumus prinsip keselarasan huruf vokal,ciri2 bahasa ilmu,kesantunan berbahasa,ciri2 penulisan akademik…blablabla…last2…anda semua tahu apa yang ditanya?….JENG…JENG…JENG“Nyatakan cerita2 binatang yang mana watak utamanya ialah Sang kancil?”..apakah perasaan anda jika diuji sebegini rupa?

Saya cuba merecall sume cerita yang watak utamanya Sang Kancil…untuk makluman semua…saya jarang membace(seperti yang telah diulang dalam blog2 yang lepas…hehe)sejak kecil lagi,,,manalah saya tau kisah2 binatang cam ni…jadi saya reka2lah sendiri…”Sang Kancil dengan Sang Monyet”,”Sang Kancil dengan Sang Buaya”,”Sang Kancil dengan Sang Harimau”,”Sang Kancil dengan Sang Singa”…blablabla…bagaimana dengan jawapan2 ini? anda yakin dengan pilihan anda?mujurlah masa kecik2 dulu(awal 90-an),saya suka tengok cerita kartun TV Pendidikan kat RTM(kalau anda sume masih ingat rancangan tu)…Kebanyakannya berkisar tentang Sang Kancil…”Jangan kamu makan cili tu monyet!pedas tu!”itulah sebahagian je dialog yang saya ingat…mujur ingat…

Hari isnin ni,semua budak cohort 4 termasuk saya, akan menghadiri kem BiroTatanegara kat Shah Alam selama 5 hari…lepas tu,kitorang cuti selama sebulan kat rumah…wah2,best bangat!tak sabar2 nak jumpa Adib Karimi…tetamu baru dalam hidup kami…huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s