Sebuah persahabatan…

Baru-baru ni saya rasa rindu sangat kat kawan saya ni…nama dia nur izzati ab. razak…dia satu kelas ngan saya masa saya form 5 dulu…5 Al-Farabi…hari tu, saya pun call ah dia…dia sekarang ni belajar kat UTM Skudai,Johor…ambik course Kimia Industri…lama dah tak dengar khabar dia…zati ni best friend saya kat sekolah dulu…best kawan ngan dia sebab kitorang satu kepala…zati duduk paling kanan sekali dalam gambar tu…dia ni pandai…maintain 3.5 and above for every semester…haa,satu lagi…zati ni orang Kelantan…macam yang saya tulis dalam blog sebelum ni,kawan saya kebanyakkannya orang Kelantan tapi saya taklah mahir sangat ‘kecek Kelate’ sebab saya memang pure Terengganu…

Gambar ni diambil time kitorang nak balik kampung…macam best je guna istilah balik kampung tu biarpun sekolah saya hanya 45 minit je dari rumah saya…time tu,zati tak balik Kelantan tapi dia ikut saya balik rumah saya…mulanya dia segan nak ikut tapi saya pujuk2 jugak ah…zati,ikut ah saya balik rumah.bile lagi?tak payah malulah…adik-beradik saya semuanya perempuan…last2,dia ikutlah saya balik hari tu…hari tu,saya jadi budak ‘baik’ sekejap sebab balik naik bas…sejak form 1 lagi,tiap kali nak balik,mesti abah yang datang ambik…seingat sayalah,tak sampai 10 kali kot saya balik naik bas sepanjang 5 tahun duk kat asrama…tapi hari tu special sket sebab saya nak bawak balik sorang kawan…baru adventure sket!HAHAHA…

Kitorang naik ah ‘prebet sapu’ macam biasa ke bandar kuala terengganu…sampai kat stesen bas,kitorang ambik bas SP Bumi pulak ke bukit payung…kampung sayalah tu!tambangnya ‘mahal’ ah sket…RM0.70… maknanya,tambang utk dua orang RM1.40.. mahal,kan?huhu…maka bermulalah sebuah lagi pengembaraan dalam hidup saya…dalam bas,ada macam2 jenis orang…nasib baik kitorang sempat dpt seat…ramai jugak ah yang berdiri dalam bas hari tu…zati ni pulak ntah kali keberapa ntah dia bagitau saya yang dia rasa berdebar…kalau saya duk kat tempat dia,saya pun macam tu gak rasanya…maybe sebab tak biasa…

Disebabkan bas terlalu’pack like sardin’,pemandunya tak berhenti banyak kali sangat…orang dalam bas tekan loceng kalau dah sampai kat destinasi masing2(semua orang tahu tu)…saya ngan zati ni pulak…tengah berunding pasal sape yang nak tekan loceng tu…tak tahulah…rasa berdebar semacam je nak tekan loceng…nampak sangat tak biasa!haha!biasanya,bas SP Bumi ni berhenti kat Sekolah Tun Telanai sebab nak ambik pelajar kat situ…tapi hari tu dia tak berhenti…sempat lagi saya dengar maki-hamun diorang kat driver bas tu masa bas tu lalu kat depan diorang…marah kot…tak tahulah…kelakar jugak ah saya tengok….akhirnya sampai ah kitorang kat tepi lorong nak masuk rumah saya… kena jalan kaki sket…tak jauh sangat..tapi ada satu benda yang memang saya takut…ANGSA!…saya pun mula meliar2kan mata saya tengok sekeliling…mana tau duk celah pokok keladi tu…

Saya ni bukannya apa…Trauma ah! pernah kena kejar…mi kata angsa memang macam tu..takleh tengok orang perempuan…’gelenya’sket…huhu…betul ke tak,tak taulah…macam pelik je bunyinya…kalau masa kecik2 dulu(time sekolah rendah),saya bawak payung sambil kayuh basikal…sebagai senjata nak lawan angsa…ngahaha…rasakan!tapi angsa ni pandai ah…kalau nampak kita bawak payung,dia wak bodoh je…’baik’lah pulak…apa pulak cerita pasal angsa ni! tapi,bahagialah hari tu sebab angsa tak da…huh,selamat tinggal ‘musuhku’! Lebih kurang 3 hari 2 malam gak ah zati tinggal kat rumah saya…dia kata seronoklah pulak…kalau boleh nak datang lagi…tapi tu yang kali pertama dan terakhir zati datang rumah saya sepanjang kitorang satu sekolah dulu…kalau ada jodoh,boleh jumpa lagi…harap2 macam tulah sebab memang rindu sangat kat dia!

Ingat time Bio satu hari tu,ada ujian darah…nak check darah jenis apa…saya ngan zati memang takut sangat bila masuk bab2 macam ni… tak senang duduk hari tu…jadi,saya buat satu pakatan jahat hari tu…zati,nak tak kita escape test darah tu?cikgu lily tak check punya…sure ke ni yana?takut ah…tapi kalu gitu ok gak…kita buat selamba deh!mula2nya,tak da pape tapi lepas abis ujian tu,cikgu lily check kumpulan darah setiap student…alamak kantoi!dahlah nama zati lepas nama saya…memang tak sampai hati nak tipu,rasa bersalah yang teramat sangat!sampai je giliran saya…nur diana…hold on…i didn’t see u doing dat test just now(cikgu lily memang selalu speaking dalam kelas)….cikgu,saya takut ah..rasa macam nervous sangat masa tu…

Tapi kitorang kena paksa buat test tu jugak…rasa macam nak pengsan…bibir zati dah biru masa tu…zati mula dulu..lega je dia…tinggal saya sorang lagi…cikgu,boleh kita tangguh dulu tak?cikgu lily jeling semacam je masa tu…hehe…cikgu lily kata…u have to…berderau darah naik ke muka saya… nak tak nak,kena lah ambik jugak test tu…aduh,sakit bangat!manalah tak sakit sebab kamu tu takut!Tapi ada hikmahnya jugak,saya dah tahu jenis darah saya…O+…sama macam mi…jenis darah abah pulak B+…

Banyak kenangan manis saya ngan zati…kalau nak cerita dalam blog ni,memang tak habislah…saya rasa syukur sangat2 sebab ada kawan macam dia…dah banyak kali dia invite saya masuk friendster…sori sangat2,zati…tengok ah dulu…kalau ada,adalah….insyaAllah…anyway,thanks a lot zati for our friendship!v(^-^)v

One response

  1. your discussion is in poor coverage, you didnt elobrate well in main point-zati-instead your discussed on angse. ahaha.. diana coward, darah pun takut–>hihih cakap org, sendiri pun pucat😛..ena , mine is B. ena, i understand how beautiful your friendhip is..semoge persahabatan yg terbine dengan sesiape sj sentiase diredhaiNya, insyaAllah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: