Apa yang terjadi sebenarnya?

Kadang2,banyak keajaiban terjadi dalam kehidupan kita seharian…dan ada daripadanya tak terimagine langsung oleh benak fikiran kita…saya pun nak share satu keajaiban ngan kawan2 semua…kisah yang saya nak share ni adalah kisah benar pasal seorang student Malaysia yang belajar kat overseas…adik saya baca kisah ni dari sebuah majalah…diharap ianya dapat dijadikan pengajaran buat kita semua…

Ceritanya begini,student ni telah mengalami satu keajaiban masa dia nak pulang dari kerja…biasalahkan,ada jugak student Malaysia yang bekerja kat overseas untuk cari wang saku lebih…samalah jugak ngan student ni…walaupun cuti time tu,dia tak balik Malaysia,instead,she went on with her job…saya lupa dia kerja apa..masa cuti panjang tu,ramai jugak ah kawan2 dia yang travel…ada jugak yang balik Malaysia…tapi,dia stay je kat sana…kebetulan,hari tu dia balik lewat malam…dia lalu dekat satu lorong tu.. dan tiba-tiba je dia ternampak satu bayang-bayang…

Dia rasa takut sangat masa tu…dari celah2 lorong tu dia nampak seorang lelaki…berpakaian selekeh dan nampak macam drug addict…dia sangat berdebarlah masa tu…sempat lagi dia jeling kat jam tangan dia…nak confirmkan pukul berapa dah masa tu…hanya Allah SWT jelah yang tahu perasaan dia masa tu…dia takut dia diapa-apakan oleh lelaki tu…jadi dia bacalah ayat kursi banyak kali…minta perlindungan dari Allah…lelaki tu beri renungan yang tajam kat dia…tapi lepas tu tak ada pape yang berlaku…dia rasa bersyukur sangat…tak da pape yang terjadi…

Keesokan harinya,dia baca paper…dia terkejut bila terbaca satu berita…ada seorang wanita kena rape kat lorong yang sama dengan lorong yang dia lalu tu…yang lagi mengejutkan,insiden tu berlaku hanya beberapa minit sahaja selepas dia melalui lorong tu…lepas tu,dia terus pergi balai polis untuk report tentang insiden tersebut…lama juga ah masa yang diambil untuk proses pengecaman penjenayah…at last,dapat tangkap ah jugak penjenayah tersebut… dan memang sah penjenayah tersebut adalah lelaki yang sama dengan lelaki yang dia jumpa kat lorong tersebut…

Dia rasa hairan sangat kenapa dia tak diapa2kan oleh lelaki tersebut time tu…bukannya dia minta dia diapa2kan tapi dia rasa macam berlaku satu keajaiban je…lalu,dia memberanikan diri untuk bertanya penjenayah tersebut tentang apa yang sebenarnya terjadi…barulah kisah yang sebenarnya terbongkar…penjenayah tu bagitau yang dia sebenarnya dah perhatikan student tu dari jauh lagi…tapi dia tak berani nak dekat sebab ada dua lelaki yang gagah duk iring student tu…student tu sangat terkejut dengan kenyataan penjenayah tersebut sebab dia tak ditemani sesiapa pun masa tu …dia sorang je kat situ…insiden tu memang satu keajaiban!

Saya nak share satu lagi kisah keajaiban yang terjadi kat seorang saudagar kaya…ada orang nak datang menceroboh kat rumah dia pada satu malam…dia sedang nyenyak tidur time tu…penceroboh tu datang nak mencuri…dia masuklah bilik saudagar kaya tu…nak make sure yang saudagar tu dah tidur…dia terkejut sangat lepas tu bila dia sedar macam ada pagar invisible yang mengelilingi saudagar kaya tu time dia nak menghampiri saudagar tu…tak nampak tapi boleh rasa…lalu,dia membatalkan hasratnya itu sebab dia rasa mesti ada something yang ajaib sedang berlaku…esoknya,dia datang jumpa saudagar tu untuk bagitau perkara yang sebenar…saudagar tu sikit pun tak marah…lagi mengagumkan,dia ceritalah tentang rahsia pagar “invisible” tu…selalulah baca ayat kursi sebelum tidur…

Abah pun ada pesan kat saya supaya selalu mengamalkan bacaan ayat kursi …boleh jadi pendinding kepada amalan sihir…baca ma’thurat pagi2 pun mempunyai kelebihannya tersendiri sebab dalam tu terkandung himpunan bacaan zikir yang diamalkan Rasulullah SAW…tapi saya sebagai manusia biasa,kadang2 tak terlepas daripada kelalaian…diharap kita semua sentiasa diberkati oleh Allah SWT… peristiwa-peristiwa ini secara nyatanya telah membuktikan kebesaran dan keagungan Allah SWT…

One response

  1. subahanallah, maha suci Allah. sesungguhnye Dia maha pengasih lagi maha melindungi hambaNya..saye terpegun sangat bace citeni, saye expect awak akan cite pasal christian converts islam after satu peristiwe tu, igt lagi cite tu? semoge Allah melindungi kite dari segale bale petake seperti itu, insyaAllah..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: