Anugerah yang tak ternilai…

To lead a happy life,count your blessings everyday and you will find and realize that you are the blessed one! That’s true…bangun pagi je,celik mata,macam2 ciptaan Allah yang ada di sekeliling kita…Allah SWT menganugerahkan sepasang mata kat kita,satu nikmat yang tak ternilai harganya. Tentu ada sebabnya…setiap ciptaan mesti ada hikmahnya tersendiri…kenapa kita ada satu mulut berbanding dengan dua telinga? Kenapa kita ada dua tangan dan dua kaki?Cuba bayang macammana kita nak urus kerja seharian dengan 1 tangan je? Susah bukan!tapi ada di antara kita yang telah dipilih Allah untuk merasai kesusahan sebagai insan istimewa.. sesungguhya,Allah itu Maha Mengetahui….Allah SWT tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tak dapat kita pikul…bersyukurlah kita kerana dilahirkan sempurna….

Meskipun lahir dengan sedikit kekurangan, Allah SWT itu Maha Pengasih…walaupun dilahirkan tanpa tangan, mereka juga mempunyai kelebihan yang tertentu…mereka masih boleh menjalani kehidupan seharian dengan baik…dan,tak dapat dinafikan juga yang ada di antara mereka yang berbakat besar dalam bidang lukisan….malah kadang2 lebih hebat daripada kita! Melukis dengan menggunakan kaki! Betapa besarnya kuasa Allah SWT…. Dia mewujudkan keajaiban di sebalik kekurangan…

Hal ni terlintas di fikiran saya time saya ikut mi pergi pasar masa cuti hari tu….masa tu,kitorang nak beli daging ayam…jadi kitorang belilah ngan sorang pakcik ni….mulanya tak perasan…lepas tu,saya terperasan sesuatu…tangan kanan pakcik tu tak de jari langsung…tapi stay boleh potong ayam ngan elok…kesian rase masa tu…dia mungkin seorang suami…mungkin juga seorang ayah…yang perlu menyara isteri dan anak-anaknya…betapa besarnya dugaan Allah SWT terhadapnya..kurniakanlah rahmatMu kepadanya, Ya Allah…saya juga bermohon agar diri ini sentiasa diberi kekuatan walaupun ditimpa apa-apa pun dugaan…

Tapi ada juga di antara kita yang dilahirkan sempurna pada asalnya, tetapi diuji oleh Allah SWT dengan kehilangan mana2 nikmat Allah yang sememangnya dipinjamkan untuk sementara waktu sahaja….asbabnya mungkin kemalangan, kecuaian, atau apa-apa bentuk sekalipun…teringat kat sorang kawan ayah saya…sebelum raya puasa beberapa tahun yang lalu,dia merancang nak potong rumput kat rumah dia….masa tu,dah banyak kali dia cuba hidupkan mesin pemotong tu tapi stay tak boleh…last2,dia “belek2” ah mesin tu…tiba2 je mesin tu hidup,jadinya tersangkut tangan dia kat situ…kesian sangat dia masa tu!dan sekarang ni, dia dah kehilangan sebelah tangan dan tangan tu adalah tangan yang tersangkut tu…Nauzubillah…

Teringat lagi saya kat cerita Cikgu Tajun,cikgu Sejarah saya masa form 2…ceritanya pasal budak yang lumpuh sebelah tangan, tangan dia tak berfungsi… masa budak tu kecik2 dulu(belum daftar sekolah lagi),berlakulah satu peristiwa yang menyebabkan kecacatan kekal itu…budak2 kan suka main conteng2…macam saya masa kecik dulu gak…budak ni suka juga ah conteng… tapi hari tu skali,dia gune pen buat lakar kat kereta ayah dia…kebetulan,ayah dia memang mood tak elok hari tu…disebabkan terlalu terkejut dengan tindakan anaknya tu,dia pukul tangan anak dia sampai patah…bayangkanlah, tangan budak…tulang pun stay lembut lagi…lepas dia cacat tu,ayah dia menyesal sangat2 tapi dah terlambat dah…yang kesiannya,masa anniversary burfday dia yang ke-11,ayah dia tanya nak hadiah apa…dia jawab,”saya tak nak pape pun ayah,cuma nak ayah kembalikan balik tangan saya je”…

Selagi kita masih dalam keadaan sihat ni,sebaiknya kita memanfaatkan nikmat ini dengan sebaiknya…setiap nikmat yang Allah berikan sekarang ni boleh ditarik bila2 masa je…sama2lah kita berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberi keberkatan dan kerahmatan dalam setiap apa yang kita lakukan dan juga dalam kehidupan kita seharian…Amin… Alhamdulillah untuk setiap anugerah yang tak ternilai ini….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: