My roommate…

Baru-baru ni,saya 1 famili gi jalan2 kat bandar Kemaman..lebih kurang 3 jam dari rumah saya…tujuan utamanya memang nak lawat fathen, roomate saya kat ipba…dah lama dah terniat nak pergi rumah dia…dah 2 kali raya dia datang rumah saya…saya tak kenal2 lagi rumah dia…akhirnya sampai jugak saya kat rumah dia walaupun hujan lebat hari tu…hari ni, terdetik pulak nak cerite pasal roomate saya ni…mase saya sampai kat rumah dia hari tu, dia kelihatan ber’bolok’ skali!huhu…sori ten! baru bgn tido ke? ayah fathen kelihatan bersemangat sekali menyambut ketibaan kami…dari jauh, saya cam benar senyuman tulus Encik Jusoh itu…^-^

Ada tetamu datang umah fathen hari tu…pak sedare ngan mak sedare die…tapi diorang nak balik dah masa kitorang sampai hari tu…Mak fathen kelihatan sibuk skali…fathen pun same naik…tulah fathen yang saya kenal..dia memang bersemangat dalam segala hal…kagum saya ngan dia! hari tu…saya berpeluang jumpe ngan ‘anak2’ fathen tu(nurul, adam, aikin)…comelnya diorang! yang klakarnya nurul tu…nama saya nurul hidayah…tapi panggil je saya nurul…saya tak sekolah lagi…hurm,lupelah umur saya berapa…sebijik cam alang dia…bulu mata lentik…ten,fotostat ke?

Rindu benar saya kat fathen maser tu biarpun baru je sebulan tak jumpa..banyak yang kitorang borak hari tu…macam dah lama tak jumpa…bagi saya,perkenalan saya dgn fathen merupakan satu daripada rahmat Allah SWT..cara kami kenal pun unik…first time kami jumpa masa interview tesl lepas spm..ayah saya yang hantar saya utk interview hari tu…tiba2,fathen ngan ada sorang lagi kawan dia terserempak ngan ayah saya…seblm tu,saya terdengar fathen cakap2 ngan kawan dia…eh,ustaz buat apa kat sini?masa tu, saya dah agak dah diorang tu x-student mrsm q-ber… dari situlah, kami mula kenal satu sama lain…
Sblm tahu result interview tu,kitorang masuk matriks dulu…Kolej Mara Kulim…tak sangka jugak satu matriks…satu kelas pulak tu! Sempat ah jugak kitorang duduk satu bulan kat situ…lepas tu,kitorang dapat twrn tesl skali kt ipba…time daftar kat ipba,kitorang pakat nak duduk satu bilik…mulanya risau jugak nak duk satu bilik ngan fathen ni…takut2 fathen ni jenis ulat buku ke…saya ni lainlah pulak…tido je kalu takde kerja nk buat…ingat lagi roomate saya kat Kulim tu pesan…Yana jgn byk tido,ek! Baca buku sket! Kadang2 rase malulah jugak…rupanya2 fathen pun fikir mcm yg saya fikir…tak tau pulak yang kitorang ni satu kepala rupenye…hehe…maka bermulalah kisah di bilik 304A(b)…

Saya boleh katakan bahawa fathenlah insan yang paling rapat ngan saya kat ipba!saya bersyukur sgt2 dpt kenal ngan fathen…ten…walaupun saya suka main tarik2 rambut ngan awak…awak ttp da best roomate dat i’ve ever had!thanks a lot,ten! banyak mende yang saya belajar ngan awak…saya selesa kongsi masalah ngan fathen sbb fathen buat saya rasa spt diri ini dihargai…bagi saya, fathen seorang yang tabah…dia mampu mengukir senyumannya meskipun seringkali hatinya terluka…Ya Allah…Kau hadiahkanlah cinta dan kasih sayangMu demi memelihara kesejahteraan dan kebaikan serta kesihatan sahabatku ini…krn kutahu hanya Engkau yang mampu menjaga dirinya lebih baik daripada diriku…ten,di kala awak terasa sayu…jangan dipendam seorang diri…ingatlah bahawa awak masih mempunyai teman yang sudi mendengar… Moga Allah sentiasa merahmati persahabatan kita…amin…
Di sebalik pertemuan dan perpisahan itu terkandung seribu rahmat… Bertemu berpisah kerana Allah SWT…

4 thoughts on “My roommate…

  1. i know., u must be lucky enough to have her as your roommate, but she must be SOOOO>>>>unlucky to have you as a roommmte? am i right unsweetie? ahahaha

    U! pull my hair everyday..i push your bed outside..aahahahah

  2. i know it’s quite sometime to leave a comment, i mean one more comment on this entry, but i feel like to🙂

    my dearest roommate, after three years had been published here and after like almost 6 years we’ve been together, ive never regretted to know you and im so thankful to Allah for grating me u as my dearest roommate, alhamdulillah🙂

    Allah bless u always!! (^_^)v

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s