Soalan

Salam aidilfitri.

Walaupun agak terlambat, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin atas segala salah silap atau khilaf, yang secara tak sengaja atau disengajakan.  Tak lama lagi sesi sekolah akan bermula kembali dan ini juga petanda kepada bebanan kerja yang amat sangat; membuat persiapan untuk PMR, melaksanakan PBS sampai habis, mendaftar untuk semester baru, menyudahkan research proposal. Harap-harap lebih produktif lepas cuti ni, Ya ALLAH.

Sedikit kisah tentang raya. Sambutan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. Saya akui saya agak teruja menyambut aidilfitri tahun ini. Membuat persiapan raya bersama suami merupakan satu episod baru dalam hidup ececeh. Kalau dulu hanya kisahkan persiapan baju raya sendiri, sekarang sudah kena fikir persiapan untuk suami sekali. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Cuma ada satu trend yang tidak pernah berubah setiap kali raya sejak dulu sampai sekarang. Trend soalan. Walaupun soalan yang diajukan setiap tahun berubah mengikut kadar waktu dan juga status, raya dan soalan bagai sukar dipisahkan.

Masih ingat lagi zaman sekolah rendah dahulu sering kali ditanya soalan begini.

“Dapat nombor berapa dalam kelas?” Mungkin soalan begini ditanya bagi mengukur skala kecerdikan seseorang. Masih ingat lagi peristiwa disindir oleh seorang mak cik kerana dapat nombor 1 tapi duduk kelas yang kedua. Katanya, “Setakat kelas yang kedua bolehlah” Entah apa salahku. Orang tanya, kita jawab. Iye dok?

Selepas UPSR, PMR dan SPM, ada pula soalan “Dapat berapa A?”.

Belum termasuk lagi soalan “Sekolah mana?” Lepas SPM, orang tanya lagi “Dapat sambung mana? Course apa?” Bila dah mula kerja, orang akan tanya lagi, “Dah ada calon belum?”, “Bila nak makan nasi minyak?” Saya masih ingat lagi seorang mak cik pernah berkata, “Takde orang nak buat menantu awak ni. Senyap sangat.” Waktu itu, saya baru saja lepas SPM, belum pandai beramah mesra lagi. Sekarang skill dah bertambah baik dah. Hehe. Takpela mak cik tak nak pilih saya jadi menantu pun, saya pun bukannya berminat dengan anak mak cik. He’eh berterus terang pula. No hard feeling, okay 🙂

Soalan yang paling kerap diajukan sekarang, “Bila nak ada anak?” Kalaulah saya tahu bila. Tak kisah sebenarnya kalau soalan-soalan ditanya sebagai tanda prihatin dan ambil berat. Terima kasih berbanyak. Tetapi kalau soalan-soalan begini diiringi dengan sindiran dan nada sinis, maka tak bermaknalah budaya menziarah pada hari raya. Malahan ter”cemar” semudah itu sahaja bila kata-kata menyinggung perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…………………………………..

DSC_3217 - Copy

Aidilfitri tahun lepas. Dah setahun dah berumahtangga kalau ikut tahun hijrah.

raya 1434

Raya 1434H. Alhamdulillah 🙂

Semoga ALLAH menemukan jodoh yang baik kepada sahabat-sahabatku yang masih belum ketemu jodoh. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. InshaALLAH:)

 

Juga, semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada ‘tentera’Nya di Mesir dan Syria. Ameen Ya Robb!

 

 

2 thoughts on “Soalan

  1. selamat hari raya diana! hihi. trend soalan mmg tgh hype skrg. jawab dengan senyuman jelaaa. huhu.
    maaf zahir batin. cantik pics! 🙂

    • Sara dearie,
      Selamat hari raya maaf zahir batin 🙂 sorry tau ada salah silap. Lama dah tak jumpa kan. Kalau datang terengganu, bagitau tau. Haah trend soalan selalu je ada. Dulu tak terasa sangat bila orang tanya pasal jodoh zaman bujang dulu. Tapi entah kenapa extra sensitive kalau tanya bab anak ni. Huhu. Tema kami suami isteri hijau tahun ni 🙂

Leave a comment