Salam.
Saya suka akan seni lukisan. Insan pertama yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia seni, adalah Abah. Seawal usia 5 tahun, Abah telah belikan saya drawing block dan pensil warna. Lalu, saya akan melukis dan Abah akan hadiahkan bintang-bintang untuk lukisan ‘kanak-kanak’ saya itu. Kadang-kadang Mi juga akan tolong warnakan lukisan-lukisan itu untuk saya. Tapi sayang, tidak disimpan drawing block itu. Pastinya dapat dijadikan satu kenangan indah, bukti kasih sayang seorang IBU dan seorang AYAH.
Minat saya terhadap seni lukisan terbawa-bawa sehingga ke hari ini walaupun saya sangat jarang melukis dan tidak pandai melukis. Kadang-kadang saya cemburu melihat mereka-mereka yang dapat melukis dengan sangat baik, sangat kreatif dan yang paling penting original dan asli. Ajaib deh bakat yang macam ini. Melukis itu sudahlah ajaib. Dicampur lagi dengan adunan warna yang sepadan. Hasilnya memang menakjubkan!
Disebabkan minat ini juga, saya telah menyertai Pertandingan Melukis Mural “Negeri Bersih Rakyat Sihat” anjuran JPNT. Memang tak dapat dinafikan, susah untuk mencari idea dan maklumat tentang mural ini di Internet. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit kaedah yang telah saya gunakan untuk melukis mural. Yang pertama sekali, saya melukis gambar terlebih dahulu di atas kertas lukisan biasa. Kemudiannya, saya scan gambar tersebut. Memandangkan saiz kertas lukisan agak besar, saya lipat dua kertas lukisan dan scan sebelah-sebelah.
Bahagian pertama
Bahagian kedua
Sebaik sahaja selesai scan, saya pancarkan gambar ini ke dinding menggunakan LCD. Dengan cara ini, memang boleh jimat banyak masa. Bila gambar dah terpancar di dinding, boleh minta tolong orang lain sekali lukiskan. Masa lukis haritu, tak sampai 3 jam dah boleh siap. Satu lagi tip untuk melukis mural, tuliskan terus moto atau tema yang ingin digunakan atas lukisan mural tersebut. Untuk bahagian mewarna pula, pilih berus yang bersesuaian. Untuk bahagian lukisan yang lebih besar dan luas, pilih berus yang agak tebal dan besar. Boleh juga guna span untuk memudahkan lagi proses mewarna. Pilih berus yang agak muncung hujungnya untuk bahagian yang bersudut. Untuk adunan warna, pilih 5 warna asas sudah cukup. Hitam, putih, biru, merah, kuning. Tak perlu beli terlalu banyak warna. Untuk mural ini, saya guna cat mural jenis Pelaka dan D’arte. D’arte lagi murah rasanya. Dah tak ingat dah.
1. Biru+Kuning = Hijau
2. Biru+Merah = Ungu
3. Kuning+Merah = Oren
4. Kuning+Merah+Hitam+Putih = Coklat
Untuk proses mewarna, saya telah mengupah 4 orang ‘buruh’ untuk membantu saya memandangkan saya amatlah tidak bagus sekali dalam bab-bab mewarna. Dan yang paling penting, warnakan moto / tulisan yang ada dalam lukisan terlebih dahulu untuk kesan yang lebih memuaskan.
Dua orang paling Kanan saya
Dua orang lagi pembantu
Sayang warna moto jadi campur-aduk sebab lupa nak warna awal-awal
Siap 100%
Walaupun tak menang, saya sangat berpuas hati sebab dah cuba yang terbaik. Ini sahaja yang kami mampu. Mengikut kata juri, mural ini akan bertambah elok sekiranya lukisan tidak dilorek semula setelah siap diwarna. Adunan warna juga mungkin kurang baik dan lukisan juga kurang mempunyai sudut perspektif yang jelas. Dah tak tahu nak letak kat mana gambar Bas Cas Ligas itu. Tahu maksud Cas Ligas? Bahasa orang tua Terengganu dulu-dulu yang membawa maksud cergas dan aktif.
Untuk tahun 1433H dan 2012 ini, ayuh sama-sama lakukan yang terbaik!
Memetik kata-kata Rita Angus, seorang pelukis terkemuka di New Zealand.
In my will to work is my will to live
* To err is human, to forgive is divine.





