Salam.
Malam ini malam Jumaat. Ah, saya suka sekali malam Jumaat. Lebih sedikit daripada malam-malam yang lain. Benar, suka atas kelebihannya sebagai malam yang istimewa. Malam yang mana doa-doa diangkat terus ke langit. InshaAllah tanpa hijab, inshaAllah. Punya rasa percaya yang tinggi terhadap magis doa. Yuk, kita doa. Doa banyak-banyak untuk diri kita. Doa banyak-banyak untuk insan-insan yang sangat dekat di hati. Doa dalam diam. Ya, dalam DIAM dan penuh rasa CINTA.
* * * * * * * * *
Saya belajar sesuatu yang amat bermakna hari ini. Satu perkara yang tidak pernah saya ketahui selama ini. Mungkin ada yang sudah tahu. Oh mungkin juga ada yang sudah belajar lama dulu. Suka saya letakkan di sini sebagai sesuatu yang boleh dijadikan rujukan peribadi pada masa yang akan datang.
Siang tadi, tok guru Al-Quran berbicara tentang saktah. Tidak pernah saya ambil tahu tentang apa itu saktah. Menurut tok guru, saktah boleh ditemui pada 4 tempat dalam Al-Quran:
1. Surah Al-Kahfi (18:1)
2. Surah Yasin (36:52)
3. Surah Al-Qiyamah (75:27)
4. Surah Al-Muthaffifin (83:14)
Saktah dikenali dengan tanda huruf sin kecil. Bacaan untuk saktah adalah dengan berhenti dengan kadar dua harakat tanpa menukar nafas dan menyambung balik bacaan dengan nafas yang sama. Ini bersesuaian dengan maksud saktah itu sendiri, berdiam. Nak ‘demo’ tak dapat, mungkin boleh rujuk pada bacaan mana-mana imam. Padahal bacaan tak berapa bagus
Makin belajar, makin banyak tak tahu rupanya.
* Cuti sekolah bermula pada 18 November. Sedang merancang cuti agar lebih produktif.