~A.K.S.A.R.A

Keajaiban itu bukannya sekadar leksis biasa

Bicara kenduri kahwin Saturday,November 19,11

Filed under: Uncategorized — dianakamal @ 1:26 pm

Salam.

Baru pulang dari Gambang Khamis lepas setelah menghadiri satu wacana pendidikan. Ini baru Siri ke-5. Warga pendidik negeri Terengganu sekalian, anda mungkin terpilih untuk menghadiri wacana yang sama selepas ini. Katanya, wajib untuk semua guru dan ada 40 siri semua sekali.

 

Sampai sahaja di Terengganu, bertolak pula ke sebuah negeri bagi menghadiri sebuah Majlis Sambut Menantu. Biasanya, sambut menantu mestilah di rumah pihak pengantin lelaki. Sedang menjamu selera, terdengar bicara dua orang wanita yang biasa didengari di mana-mana sahaja majlis sebegini. “Cantik tak pengantin perempuan?”. “Lucu” juga ya soalan macamni. Lalu yang seorang lagi pun menjawab, “Dah tu, yang tu yang pengantin lelaki berkenan.”. Ini ok sikit kot. Pernah saya dengar komen yang lagi ekstrem daripada yang ini. “Pengantin perempuan tu gigi dia tak berapa cantik kan”. What? Gigi? Aduh, sampai ke gigi sekali nak tengok. Alangkah sedihnya hati pengantin perempuan sekiranya dia terdengar komen begini. Memang tak patutla komen macamni. Ada seorang sahabat saya pula mengadu, dia rasa sangat sedih. Bila ada saudara-mara suaminya beranggapan bahawa suaminya itu pasti terkena sihir buatan sahabat saya ini sehinggakan suaminya memilih dia. Rasa tak percaya sampai begitu sekali orang boleh fikir. Kesian sahabat saya ini. Bicara begini memang biasa terjadi di mana-mana majlis sambut menantu. Tapi tak adalah kata semuanya begitu. Harap-harap mentaliti parah begini tak berjangkit kat semua orang.

 

Bagi saya, semua orang punya sebab tersendiri mengapa mereka memilih seseorang yang tertentu untuk dijadikan pendamping hidup. Tapi untuk kes sahabat saya ini, saya yakin dan pasti si suami telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih sahabat saya ini. Sahabat yang saya kenal sejak tahun 2007 ini berperawakan baik, tenang hati bila memandang wajahnya, senantiasa bertahajjud dan bicaranya sentiasa membawa kita ingat pada Allah. Lalu, saya yakin Allah telah menuntun hati si suami yang juga dari kalangan yang inshaAllah soleh untuk memilih sahabat saya ini.

 

Yang seterusnya mungkin agak berlainan dengan yang di atas. Sekadar memetik daripada buku Blink, karya Malcolm Gladwell. Setiap orang pasti punya kriteria tertentu dalam memilih pendamping hidup. Kriteria yang dibuat berdasarkan Minda Sedar kita. Terdapat dalam satu bab ini yang membicarakan tentang Speed Dating. Sebelum menghadiri mana-mana Speed Dating, peserta-peserta yang telah mendaftar telah menggariskan kriteria tertentu yang perlu dimiliki dalam diri pasangan masing-masing. Tetapi sebaliknya telah berlaku setelah menghadiri Speed Dating tersebut. Apabila ditanya pada mereka sebab memilih pasangan masing-masing, mereka tidak mampu memberikan jawapan yang paling tepat. Dan apabila diperhatikan balik ada di kalangan yang dipilih tidak memiliki mana-mana kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Ada pula yang hanya sekadar memenuhi 2 atau 3 daripada kriteria-kriteria tersebut. Ajaib. Subjektif sungguh bila berbicara tentang hati dan perasaan. Ya perkataan terbaik, subjektif.

 

Lagu Istikharah Cinta ini saya tujukan pada yang masih belum mendirikan rumahtangga seperti saya. huhu

 

 

* Berkata Mr. Darcy kepada Elizabeth Bennet dalam novel Pride and Prejudice, “My affections and wishes are unchanged”

 

 

 

Saktah Thursday,November 10,11

Filed under: Uncategorized — dianakamal @ 10:41 pm

Salam.

 

Malam ini malam Jumaat. Ah, saya suka sekali malam Jumaat. Lebih sedikit daripada malam-malam yang lain. Benar, suka atas kelebihannya sebagai malam yang istimewa. Malam yang mana doa-doa diangkat terus ke langit. InshaAllah tanpa hijab, inshaAllah. Punya rasa percaya yang tinggi terhadap magis doa. Yuk, kita doa. Doa banyak-banyak untuk diri kita. Doa banyak-banyak untuk insan-insan yang sangat dekat di hati. Doa dalam diam. Ya, dalam DIAM dan penuh rasa CINTA.

 

 

*   *   *   *   *   *   *   *   *

 

 

Saya belajar sesuatu yang amat bermakna hari ini. Satu perkara yang tidak pernah saya ketahui selama ini. Mungkin ada yang sudah tahu. Oh mungkin juga ada yang sudah belajar lama dulu. Suka saya letakkan di sini sebagai sesuatu yang boleh dijadikan rujukan peribadi pada masa yang akan datang.

 

 

Siang tadi, tok guru Al-Quran berbicara tentang saktah. Tidak pernah saya ambil tahu tentang apa itu saktah. Menurut tok guru, saktah boleh ditemui pada 4 tempat dalam Al-Quran:

 

 

1. Surah Al-Kahfi (18:1)

2. Surah Yasin (36:52)

3. Surah Al-Qiyamah (75:27)

4. Surah Al-Muthaffifin (83:14)

 

 

Saktah dikenali dengan tanda huruf sin kecil. Bacaan untuk saktah adalah dengan berhenti dengan kadar dua harakat tanpa menukar nafas dan menyambung balik bacaan dengan nafas yang sama. Ini bersesuaian dengan maksud saktah itu sendiri, berdiam. Nak ‘demo’ tak dapat, mungkin boleh rujuk pada bacaan mana-mana imam. Padahal bacaan tak berapa bagus

 

 

 

Makin belajar, makin banyak tak tahu rupanya.

 

 

* Cuti sekolah bermula pada 18 November. Sedang merancang cuti agar lebih produktif.

 

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.