~Sembang santai

Assalamualaikum warahmatullah.


Ini adalah sedikit catatan perbualan saya dengan dua orang pensyarah di sini.
Mencatat yang hanya terkesan di hati. Ececeh!


Sembang bersama pensyarah pertama

Kata beliau,


Allah SWT itu Maha Adil. Can’t you see how happy I am right now?

Affirmative, I can see that Ma’am! No words are needed. It’s simply obvious:)

Sembang bersama pensyarah kedua

Kata beliau,


Diana, I got to know that one of your seniors is now teaching at the elite school in Setiu. She told me every nice things about the school. I really wish you would be posted to the same school next year


Wah wah menarik. Sekarang ni, sedang berkira-kira ke tiga tempat untuk posting nanti. Kalau boleh, mahu kawasan luar bandar di Terengganu. Tapi mana-mana pun boleh deh.


Gane fikir posting doh ni? Assignment dok siap lagi.


Satu lagi…

Saya mahu mintak tolong sedikit. Boleh tolong hadiahkan saya Al-Fatihah pada ulang tahun kelahiran saya nanti? Bolehkan? Itulah hadiah yang paling baik sekali saya kira! Terima kaseh:)


* Pelaburan terbaik!


Bukan mujaddid

Salam kebaikan buat semua.

Saja letak sini. Mungkin berguna untuk rujukan peribadi masa depan.:)

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Pengasas fahaman Wahabi, Muhammad Abdul Wahhab (meninggal dunia 1787) bukannya seorang mujaddid kerana sistem keilmuannya tidak berada dalam acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta kaedah ilmunya tidak mengikut kaedah fahaman sunni.

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), Dr. Uthman El Muhammady (gambar) berkata, selain itu ilmu yang ada padanya juga tidak sampai sehingga ke peringkat mampu melakukan ijtihad dan keadaan itu menyebabkan Muhammad bukan dikategorikan sebagai mujaddid.

Paling besar dalam sejarah beliau berkata ialah tindakan Muhammad bekerjasama dengan British dan Perancis hingga membawa kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniah kerana menganggap kerajaan itu kononnya mengamalkan bidaah.

”Walaupun ini bukan satu-satunya faktor kemusnahan kerajaan tersebut tetapi ia tetap merupakan salah satu sebab yang membawa kepada kejatuhan itu.

“Tidak ada mazhab fiqh dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengizinkan ulul-amri (pemerintah) disanggah sebegitu rupa dan ini berbeza dengan fahaman Wahabi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Penelitian kembali tentang kedudukan Muhammad Abdul Wahhab sebagai mujaddid‘ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pembentangan kertas kerja itu sempena Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 1: Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).

Sehubungan itu Uthman berkata, sukar untuk meletakkan Muhammad berwajah mujaddid kerana amalannya yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, ia ditambahkan lagi dengan tabiat fahaman Wahabi yang sama seperti Kahawarij zaman klasik dan sering berperang dengan golongan tidak bersetuju dengan mereka.

“Mereka senang menghalalkan darah dan harta orang lain sebagaimana yang jelas dalam sejarah serta ajaran mereka.

“Jelas dalam skop sistem ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah ajaran Muhammad Abdul Wahhab pada beberapa perkara asasi iaitu akidah, syariat dan akhlak serta rohani adalah amat bertentangan sama sekali,” katanya.

Uthman di dalam pembentangan kertas kerjanya turut mendedahkan bagaimana bapa Muhammad iaitu Abdul Wahhab Sulaiman al-Najdi serta adiknya Sulaiman yang tidak redha dengan dakwah pengasas fahaman Wahabi itu.

“Adiknya Sulaiman marahkan Muhammad kerana pengasas fahaman Wahabi itu terlalu berpandukan kepada fahaman ibn.Taimiyyah dan ibn. Qayyim tanpa memandang pendapat ulama terdahulu dan kemudian.

“Ini terkandung di dalam kitab karangan Syeikh Muhammad Abdullah al-Hanbali iaitu seorang mufti di Mekah (meninggal dunia 1295 hijrah),” katanya lagi.

Mengenai ulama yang boleh digelar mujaddid, Uthman telah menyenaraikannya mengikut tempoh tertentu antaranya; Umar Abdul Aziz (salah seorang Khalifah Bani Umaiyyah); Imam Syafie; Imam Abu Hassan al-Asyari; Al-Baqillani; Imam Abu Hamid al-Ghazali dan Imam al-Nawawi.

Sumber: Saifulizam Mohamad & Sholina Osman. (2010, January 25). Bukan mujaddid. Utusan Malaysia, p.8.

*Walya’fu walyasfahu…


Viva Palestina

Assalamualaikum.

Menonton temubual bersama George Galloway ini membuatkan saya terfikir beberapa perkara.

Apa nak jadi dengan kerajaan Mesir ni?

Apakah mereka sudah lupa yang mereka itu hidup berTuhan ?


Seperti yang George Galloway katakan,

…who have sold themselves to the devil

Nauzubillah, kawan-kawanku.

Golongan sebegini tidak mungkin layak jadi pemimpin di Bumi Allah ini.

Lagi tambah mengejut, berita penahanan rakan sekelas saya semasa di Tingkatan 4 Al-Sibawaih dulu di Mesir. Beliau dipercayai ditahan semasa menyertai konvoi ini. Boleh rujuk di sini dan di sini. Alhamdulillah, semuanya sudah selamat.

* Am I being true to the north in my practices ?

Isikan tajuk-

Salam.

Saya mula mengenali nama Azizi Ali semasa saya di Tingkatan 5. Itupun melalui cikgu Bahasa Inggeris saya. Cikgu saya berpendapat bahawa dengan membaca artikel-artikel yang ditulis oleh Azizi Ali, pelajar-pelajar tingkatan 5 Al-Farabi ketika itu dapat meningkatkan lagi pengunaan Bahasa Inggeris mereka. Wah saya kagum betul dengan cikgu saya ini! Artikel-artikel Azizi Ali yang menghiasi ruang kolumnis sebuah majalah kewangan peribadi inilah yang menjadi salah satu bahan pengajaran dalam kelas Bahasa Inggeris kami dulu. Saya tidak pasti dengan pelajar lain tapi saya berpendapat artikel-artikel tersebut banyak membantu saya untuk belajar Bahasa Inggeris. Selain menggunakan bahasa yang simple dan mudah difahami, kami juga boleh belajar sedikit “wisdom” dari beliau. Dua dalam satula ni kiranya. Huhu.

Lahirnya seorang Jutawan


Sumber

Di sini, saya berminat untuk berkongsi sedikit petikan dari buku beliau Lahirnya Seorang Jutawan. Di dalam buku tersebut, beliau ada memberikan cadangan tentang bagaimana untuk menjadi pekerja yang cemerlang (Walaupun masih belum menempuh alam kerjaya, tak rugi rasanya membaca buku ini). Pada pandangan beliau, menjadi pekerja yang cemerlang adalah salah satu kunci ke arah kewangan yang mantap.

1. Belajarlah mengenai bidang kerjaya anda

Jika anda membaca bahan yang ada kaitan dengan profesion anda untuk selama sejam dalam sehari, anda akan menjadi salah seorang pekerja yang paling berpengetahuan dalam syarikat anda. Secara tak langsung, anda telah meningkatkan ‘harga pasaran’ anda.

* Makanya Diana, silalah rajin-rajinkan diri untuk mentelaah segala subjek CS 400, ES 401, ES 402, ES 421, dan ED 431.

2. Menjadi lebih produktif

Jika hasil kerja yang biasa dibuat ialah 20 produk sehari, cubalah untuk menghasilkan 25 pula. Jika anda biasa melakukan sesuatu kerja dalam masa tiga jam, cubalah untuk menyiapkannya dalam masa sejam pula. Anda mungkin terpaksa mendapatkan peralatan baru untuk bekerja dengan lebih baik dan lebih pantas. Ini selaras dengan tujuan kehidupan untuk sentiasa memajukan diri, bukannya terlalu mudah berpuas hati dan mengikuti cara kerja yang sudah usang.

* Gane gok nok jadi produktif?

3. Teruskan usaha menimba ilmu di dada

Adalah penting untuk anda meneruskan pendidikan anda. Ini mungkin bererti membaca buku, melanggan jurnal perdagangan, mendengar pita rakaman pendidikan, menghadiri seminar, dan mungkin juga balik semula ke sekolah untuk memperoleh sijil atau ijazah lanjutan. Apabila anda melakukan ini, anda sebenarnya melabur untuk diri anda sendiri.

4. Perluaskan kemahiran anda

Dalam pasaran pekerjaan sekarang, anda perlu terus memperluaskan kemahiran untuk memastikan anda sentiasa mempunyai pekerjaan. Dengan berkembangnya bidang teknologi terkini, kebanyakan jawatan sekarang TIDAK AKAN WUJUD lagi dalam masa 10 tahun akan datang dan sudah tentunya 20 tahun berikutnya. Jika anda hanya tahu satu perkara atau tahu satu kemahiran sahaja, masa anda sedang berdetik. Pada zaman ini, mempunyai satu kemahiran sahaja adalah mudarat untuk diri dan kebahagiaan hidup.

* Ada kemungkinankah sekolah tidak memerlukan cikgu lagi di masa hadapan? Bila mana teknologi mengambil alih segalanya?

5. Memajukan diri anda

Anda perlu sentiasa mengembangkan kebolehan anda supaya anda menjadi insan yang lebih baik. Antara lainnya, ia bermakna mengekalkan tahap kesihatan diri, menghapuskan tabiat buruk dan memperoleh tabiat baru yang baik.

Ingat, tujuannya di sini bukan untuk menjadi seseorang yang sempurna, tetapi untuk memajukan diri. Apa yang anda harus lakukan adalah untuk menjadi lebih baik.

6. Rangkaian

Mulalah memperluaskan rangkaian kawan-kawan, rakan-rakan kerja dan kenalan-kenalan baru. Hakikatnya adalah anda tidak boleh menyangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Tambahan, adalah dipercayai bahawa sehingga 80% jawatan kosong tidak diiklankan. Ini bermakna sebahagian jawatan kosong dan jawatan yang terbaik tidak diketahui umum. Jika anda hanya bergantung pada iklan, anda mungkin ketinggalan sesuatu yang besar. Jika anda hanya terperenyuk di dunia kecil anda, anda akan terus kekal di situ selama-lamanya.

Artikel dan penulisan

Saya masih ingat akan satu artikel Azizi Ali yang pernah saya baca semasa di Tingkatan 5 dulu. Beliau ada menyebut tentang sikap orang kita yang terlalu mementingkan gaya yang kadang-kadang melebihi kemampuan sebenar. Beliau sendiri yang merupakan seorang jutawan tidak akan menggunakan mana-mana barang berjenama yang beliau sendiri tak tahu nak pronounce macammana. Dengan kata lain, beliau bukannya seorang yang brand-concious. Gunting rambut pun kat kedai yang cikai-cikai sahaja.

Beliau juga ada menegur tentang sikap kebanyakan orang yang terlalu gemar menukar kereta. Beliau berpendapat tabiat menukar kereta tidak patut dijadikan satu kebiasaan memandangkan kereta adalah aset yang mudah susut nilai. Selain itu, beliau lebih menekankan kepada pemilikan hartanah dan juga pelaburan saham yang mana lebih kukuh nilainya. Ok saya berhenti setakat ni saja dulu. Sebab itu saja yang saya ingat.:)

Sekian.

* Seorang kawan mencadangkan buku Wang, anda dan Islam oleh Ustaz Zaharuddin.

Haera ra Aotearoa New Zealand!

Assalamualaikum.

Kurang 12 jam dari sekarang, kami, pelajar Cohort 4 TESLian akan meninggalkan Bumi Aotearoa New Zealand. Dengan itu, saya tinggalkan satu video untuk dikongsi bersama.

 

 

Mungkin terjemahan untuk video ini tidak sesempurna mana. Tetapi inshaAllah, ceramah ini adalah informatif untuk semua.

Haera ra Aotearoa New Zealand!

Saya akan tetap merindui Bumi New Zealand. Akan sangat-sangat rindu!

* Que je crois en toi…